Okay, its time to balik ke tempat asal semula. Our flight at 530pm so dalam pukul 330pm semua orang dah bergerak ke airport. The boys memang I tak kasi tidur, biar die main puas-puas so dalam flight nanti boleh tidur.
Although its international airport, tak lah besar mana pun kedai-kedai yang ada disini. Yang ada cuma kedai jual coklat perfumes and also souvenir. Kalau nak lepak best pun adalah McD. I ada tengok dalam website airport nie ada Starbucks, tapi tak jumpa pulak.
Tapi satu kedai yang tak tahan I nak tengok adalah kedai nie...mulanya ingatkan kedai jual ubat atau jual ice cream..rupa-rupanya.....
Kedai menjual frozen seafood,. Memang bagus kedai nie ada disini sebabnya we all memang tak sempat nak membeli apa-apa seafood like udang ataupun oyster. Ayah ada kawan di Sabah nie tapi kebetulan pulak, die outstation so tak dapat nak minta tolong belikan. Dah alang-alang ada kat airport and they all boeh packed sekali, so angkut disini ajelah.
Dulu, masa I bertunang dulu, Ibu yang masak semua untuk hidangan tetamu so ikan merah nie diimport dari Sabah untuk dijamu kepada tetamu. I pun suka makan ikan nie especially kalau masak taucu, memang sedap.
Mainlah puas-puas Ryan, berlari sana sini..melompat sampaikan malas nak kejar, biarkan aje.
Time for boarding, bagi Ipad and PSPGo, so masing-masing duduk diam layan main games semua, tapi tak lama manapun..sekejap aje.
Sempat juga membeli neck cushion tu, walaupun tahu bukannya akan guna pun tapi disebabkan nak jugak beli, ambik ajelah.
Okay, dah nak balik dah, tak sabar nak tengok KL pulak
Ehh, nampak macam kita akan naik flight baru nie...lebih kurang macam masa nak balik Malaysia from Adelaide hari tu aje.
Ehh, betullah, berbeze sungguh dengan flight yang we all naik masa datang hari tu, siap ada TV touch screen lagi.
Memang best, mcm-mcm cerita ada, so bolehlah layan sepanjang 2 1/2 jam perjalanan nie tapi sayangnya bole tengok gambar sahaja, audio tak boleh dengar cos headphone hanya diberikan kepada flight yang took more than 3 hours journey, less than that tengok gambar and try baca lip sync ajelah.
5 minit after take off, semuanya tumbang. I have to sit in the middle cos masing-masing tak nak beralah langsung.
Si kerinting nie dapat nak sangat duduk tepi tingkap, yer la..sepanjang balik Adelaide mana pernah merasa duduk tepi tingkap.
Sempatlah juga I merasa maka nasi with briyani chicken tapi for the boys, tapau ajelah nampaknya.
Sampai KLIA around pukul 7 lebih, so tak sempatlah nak tengok Victoria Secret cos mcm dah letih sangat rasanya, pikir balik and nak tidur ajelah.
Tu dia aiiiiihhh, barang kami yang berkotak-kotak tu. Dalam kotak tu ada makanan kering dan juga makanan basah. Tak apa, nak pi Sabah bukan selalu, entah bilalah lagi akan merasa ke sana yer.
No comments:
Post a Comment