Nuffnang Ad

Friday, 6 January 2012

Penyelamat dunia, Boboiboy

Kebetulan pulak, after we all balik from Chiangmai, Daddy Jack nampak iklan dalam The Star sempena cuti sekolah nie. Ada meet the fans with Boboiboy di Mid Valley.

The boys memang minat sangat dengan Boboiboy selain dari Upin dan Ipin, tak cukup tgk CD, sambung pulak tengok kat youtube.

Tak sangkalah pulak terserempak dengan my student, Athirah di sini. Dia buat PT sambil menunggu semester baru bermula. Bagus juga untuknya mencari duit poket lebih untuk tambah duit belanja.

Lama jugaklah kami menunggu, orang pun dah semakin ramai especialy kanak-kanak.

Masing-masing tak sabar menunggu

We all menunggu depan pentas tu lagi setengah jam sebelum acara bermula. Dah tak ada kerusi dah so duduk atas lantai ajelah.

Sementara memantikan kemunculan macsot-mascotnya, dok posing sana sini dengan patung-patung nie dulu.

Semakin lama, semakin tak dapat dikawal keadaan dengan budak-budak yang semakin ramai

Budak-budak dah macam-macam perangai dah keluar. Ada yang dah panjat pentas, berlari sana sini, kelam kabut la sekejap rasanya.


Ni la anak muda yang mencipta cerita Boboiboy serta meminjamkan suaranya untuk beberapa watatk didalam cerita tu antaranya Tok Aba and tak ingat pulak yang satu lagi watak tu. Anas nie dulu orang yang terlibat di dalam pembikinan cerita Geng Upin Ipin dan juga siri-siri awal Upin Ipin dulu, tapi bila ada masalah dalaman dengan company lama, team yang mula-mula mencipta Upin Ipin tarik diri dan menubuhkan syarikat baru Animonsta lalu terhasillah Boboiboy.

Ni la suara di sebalik Upin Ipin sebelum budak sekarang ni, I lupa pulak nama this girl. Di dalam cerita Boboiboy, die bawa suara Boboiboy tu.

This boy membawakan suara Boboiboy in English version di Disney Channel, ASTRO.

Ni anak Kak Nani Rustam, Alisya yang memegang watak Yaya. I pun terjenguk-jenguk kut la nampak Kak Nani kat sini tapi rasanya masa nie Kak Nani busy dengan wedding anak sulungnya.

Adik kepada watak utama, pun tak ingat watak apa yang dipinjamkan suaranya

Daddy Jack yang menemankan the boys duduk sama-sama while I tunggu kat tepi sahaja. Tugas I as usual lah, ambik gambar so Daddy Jack handle the boys.

Mucul karektor nie semakin tak terkawal kanak-kanak dibawah, ada yang naik atas pentas, sebab nak mendapatkan free gift dari pihak penganjur.

Ada pulak buat signing ceremony, untung la budak-budak yang pegang karektor nie kan, satu Malaysia ambik said mereka.

Daddy Jack pun sama turut beratur untuk anak-anaknya

Semuanya menanti dengan penuh sabar walaupun ada beberapa aksi rebut merebut bukan antara anak-anak tapi mak pak pun sama berebut untuk anak-anak. Hai lah...kesian sungguh.

No comments:

Post a Comment