Nuffnang Ad

Sunday, 15 January 2012

KK Stories-Gaya Market

Opssss, terlepas pulak cerita nie..sebelum kami ke Manukan Island, kami pi Sunday Market di Gaya Street. Daddy Jack nak tahu apa lah ada dijual disini sebab kalau tengok dalam places of interest di pamplet atau di internet, ini salah satu tempat yang harus dikunjungi.

Datang dah agak lewat sikit, so orang dah mula ramai.

Gaya Street Market nie hanya ada di hari Ahad sahaja, bermula pukul 630 lagi hingga 1pm. Konsepnya lebih kurang sama macam pasar malam, macam-macam ada dijual disini.

Aksesori wanita pun ada jugak, tapi ketulenan pearl die tu mcm tak boleh nak kenalpasti, tiruan atau original.

Pokok-pokok bunga pun ada dijual disini

Pokok hutan juga ada, mcm periuk kera dan beberapa jenis yang I tak tahu namanya.

Sedapnya pisang kalau dibuat cekodok, kan

Homemade roti






Pasar nie agak panjang and bersesak sikit, so kalau sesiapa yang rimas bersesak-sesak..tak payah la pergi. Boleh tension dibuatnya. We all just pusing halfway aje sebab rasa macam tak ada benda nak beli. Semuanya dah dibeli di Filipino Market.

Menanti Ibu dan the rest of the family di tengah-tengah pasar tu untuk senang nak berjumpa.

Masa tengah menunggu Ibu tu, teringat nak call, korek-korek handbag cari HP tak jumpa..ahhh sudah, mana pulak hp I nie, kena curik ker masa sesak-sesak tu...OMG and I dah mula cuak sikit la. Lagi cuak bila Daddy Jack tanya..apalah I nak jawab nie. I suruh die called my number, ada ringing tapi tak berangkat. Bila my family datang, semua dok try called my number..I pun dah tak ada mood, dalam kepaal dok pikir, manalah perginya my HP nie. Daddy Jack dok bising cakap I careless, lagilah I tension dibuatnya. But my instict kata that my hp tercicir dalam teksi yang we all naik from the hotel tadi, and Im so sure about it. So dok pikir-pikir, baik balik hotel sahaja and cari driver teksi tu, manalah tahu die simpankan phone I tu. Perkara pertama yang I buat, matikan sim card tu. Mujurlah ada adik yang kerja Maxis so senang sikit nak buat. After sampai di hotel, the management managed to dapatkan balik pemandu teksi tu and YES !!!!! my hp tertinggal dalam teksi tu. Mujurlah taxi yang tu hanya untuk digunakan oleh tetamu hotel sahaja, so tak pergi jauh-jauh...so berterima kasihlah kepada Uncle Taxi tu sebab simpankan my HP...and after dah dapat balik my HP, Daddy Jack selamba sound I..."Tak merasalah you pakai IPhone 4S.."

No comments:

Post a Comment