Nuffnang Ad

Tuesday 23 July 2013

Project bubur lambuk kembali lagi

Seperti Ramadhan yang lepas, I start mula membuat bubur lambuk untuk diberikan kepada kawan-kawan bermula pada tahun 2011, masa tu dah kenal ramai kawan-kawan disini, so mulalah edarkan di kalangan kawan-kawan terdekat juga. Tahun ini pada mulanya tak terfikirpun nak buat cos dengan cuaca yang tak menentu sejuknya, tapi Sabtu pertama Ramadhan lepas, merealisasikan juga project itu.

Lepas sahur, I pun dah mula berketung-ketang didapur memasak bubur lambuk itu. Just a simple bubur with daging only, tak ada daun-daun mcm bubur lambuk yang selalu Ibu buat cos mmg takkan jumpa daun pucuk paku merah tu. Tak beritahu pun pada kawan-kawan sini psl project ni, dah siap baru beritahu minta pick up dirumah cos nak hantar takut tak terlarat pulak.

Kebetulan pulak, memang banyak pulak kali ni buat bubur lambuknya so ajak lah jugak adik-adik undergrads untuk mengambilnya. Alhamdulillah, ramai yang datang mengambilnya. Terima kasih, mintak kurang halallah yer, tak pasti rasanya sedap atau tidak, maklumlah puasa.


4 comments:

  1. yang penting, ikhlasss....bila ikhlasss tak sedap pun jadi sedap.... kan kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersetuju dengan statement itu NenetPenne..maklumlah bulan puasa, so tak tahulah rasanya mcmana, kan

      Delete
  2. kat sini pun susah nak jumpa orang jual pucuk paku merah tu. aduhai.teringat bubur lambuk mak. orang pahang pun bubur lambuk guna pucuk paku merah jugak yer? kitorang panggil pucuk midin. kat semak tepi hiway shah alam ni banyak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliss
      Haah, sama jugak, suka sangat makan bubur lambuk pucuk paku merah ni berbanding dengan yang Kampung Baru punya. Tambah makan dengan sambal belacan ooo, sangat terangkat

      Delete