Nuffnang Ad

Monday 15 July 2013

Pulangnya seorang kakak

Akhir June lepas pulanglah seorang yang I panggil Kakak disini ke Malaysia untuk meneruskan tugasannya sebagai seorang lecturer kembali di USM after bercuti panjang mengikut suaminya melanjutkan pelajaran disini. Dekat 3 tahun menegnali Kak Has yang lebih kurang macam kakak sendiri, tempat mengadu masalah dan juga berkongsi pendapat dalam apa jua hal.

Ramai kawan-kawan yang datang menghantar maklumlah Kak Has ni memang dikenali ramai di kalangan PR dan juga undergrads. Kak Has dan Abg Fizul memang peramah dan baik orangnya sebab tu ramai yang mengenali mereka sekeluarga.

Abang Fizul pun balik juga tapi sekejap dalam 2 minggu then akan kembali semula ke Adelaide untuk meneruskan perjuangannya yang belum selesai lagi.
Antara yang berkesempatan menghantar Kak Has ke airport hari itu. 

To me, Kak Has memang really a Superwoman, menguruskan anak seramai 4 orang dengan berjayanya. Mempunyai seorang anak bujang dan 3 puteri membuatkan Kak Has memang contoh pada I. Bercerita pasal menguruskan rumahtangga, masak semua memang akan membuatkan ku tercengang juga. Itu belum hal ambil dan hantar anak ke sekolah sisamping membuat kerja part time as a translator lagi. Adoiii la, memang superwoman sungguh. Pernah sekali pergi picnic dengannya masa we all mula-mula sampai Adelaide, time nak lunch we all hanya membawa sebekas egg sandwich sahaja, walhal Kak Has ni siap angkus esky yang ada nasi beriyani, ayam masak merah, mee goreng...dalam hati I berkata "Gigihnya akak ni masak serba serbi, pukul berapalah die bangun agaknya". Beberapa bulan sebelum balik, Kak Has sempat menolong Liza kerja di kantin sekolah, ohhh itu lagi tough bila balik from kerja, kena masuk dapur rumah pua untuk masa for her family. You're really inspired me, Kak Has to be one of the Superwoman.

Abang Fizul yang akan beraya disini, meninggalkan sekejap keluarganya di Penang buat sementara waktu. Satu pengorbanan juga buat seorang Ayah dan suami yang belajar.

Seorang lagi kakak yang akan pulang in middle of July nanti. Kak Wan Satirah yang akan pulang sekejap untuk beraya bersama keluarganya dan akan pulang semula sendiri untuk meneruskan tugasannya yang belum selesai disini.

Abang Pian pun akan balik tak lama lagi, Kebetulan pula pagi tu Abang Azul baru aje sampai Adelaide, rehat kejap then we all pick up him untuk ke airport pula.

Anak-anak dara Kak Has yang agak berat untuk melangkah balik, meninggalkan kawan-kawan sekolah yang dah lama dikenali disini. 

Sessi melambai di cermin adalah satu kemestian bagi mereka yang balik

Selamat kembali bertugas, Kak Has aka Dr Hasmidar. Selamat berbaju kurung, memandang white board dan juga memulakan lecture.

Balik from airport, we all makan dulu di Afghan Restaurant di South Road, terserempak pula dengan Abang Rodi dan anak-anaknya, Kak Zack dan Muaz tak ada cos balik Malaysia kejap, ada urusan keluarga.
 

6 comments:

  1. orang baik mesti ramai yg sayang
    takpe,dunia sekaranag yg jauh terasa dekat kerana komunikasi di hujung jari

    salam ramadhan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      Betul tu, if orang baik dengan kita memang kita akan kenang sampai bila-bila, kan

      Delete
  2. memang sedih bila satu2 nak balik yer. nanti turn Gina sekeluarga pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun especially bila yang rapat dengan kita, rasa sunyi bila mereka dah balik

      Delete
  3. wow..wanita contoh ukt kita ibu ibu muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rizziela
      Memang, gigih akak ni menguruskan familynya disini, masak makan, ambik anak sekolah, then kerja part time lagi..puhhhh, tak terkejar rasanya

      Delete