Nuffnang Ad

Friday 20 January 2012

Jualan betul-betul runtuh

Dah lama tak pi Ariani, pergi pun sebab ada Adelaide's gang kirim belikan tudung untuk dipakai di hari raya tahun lepas, before this kalau pergi kerja, normally I hanya pakai tudung bawal sahaja, senang nak matchkan dengan apa jua baju pun tapi sejak datang Adelaide dok pakai tudung sarung tu rasa selesa jugak pakai tudung macam tu walaupun pada mulanya Daddy Jack menghalang sebab macam orang Indon, katanya. I dah tak kerja, so selesalah sikit pakai tudung sarung tu, lagipun ada anak yang tengah lasak, manalah semoat nak pakai tudung lilit-lilit nie dah, kang terbelit leher, satu hal pulak.

Kebetulan pulak Ariani dok buat jualan runtuh, apalagi haruslah serbu dengan Ibu. Pergi Ariani cawangan Kuantan dulu. Siap pasang strategi nak pergi, tak mahu pergi masa lunch hour sebab nanti orang ramai udahnya sama je, tapi at least dapat jugaklah memborong sampai dapat 2 paper beg besar.

Bila balik KL, ajak my bestie, Nabilah pulak join me bershopping tudung di Ariani lagi, kali ini di Wangsa Maju pulak lah. Sebelum tu, lepak-lepak and gosip dulu kat Old Town. Lama sungguh la tak jumpa Bil nie, so bila jumpa, borak memang tak ingatlah.

Kalau ke Old Town, tak boleh kalau tak makan Curry Mee die, memang sedap giler. Tapi kan, I dah ada port mee kari yang sedap, tapi di Kuantan di Shahzan Hotel, mmg sedap. Dulu waktu muda-muda selalu makan mee kari yang sedap di food court Lot 10, memang terbaik dah rasanya tapi sekarang nie dah tak ada dah..dah tukar dengan org Indon pulak.

Jalan-jalan ke Ariani, terjumpa pulak dengan one of my students, Aina. Dulu, orang selalu anggap we all macam adik beradik, saling tak tumpah.

Tak cukup di Wangsa Maju, sambung pulak di Jalan TAR dengan Ibu. Kali nie sapu aje mana yang ada, dah maals nak pikir dah. Lagipun mancari pesanan my Adelaide's gang yang kirim untuk dibawa balik ke Adelaide. Di sini, ada jugaklah bergaduh dengan seorang perempuan berlagak juga...siap cakap "I Datin, I bayar dulu" orang lain dok tunggu giliran nak bayar so die tiba-tiba aje nak potong Q kan, so I balas " Datin tak Datin, nak bayar kena beratur..Mak I pun Datin jugak" hahah, terus die diam and beratur akhirnya. Apa, die pikir dengan gelaran Datin die ada hak nak potong Q? Piii Rahhhh !!!!!

After tudung hunting, dapatlah beberapa yang telah dipesan pleh my Adelaide's gang, then ada yang minta tukar cos tak berapa berkenan dengan corak-corak. Itu tak jadi masalah, I suka dok keluar nie adalah hiburan sikit dari terperap duduk dlaam rumah without nothing to do.

Memang macam-macam jenis tudung dan pattern ada dijual. I tengok tak ada satu rak tudung pun yak tak ada orang, semuanya penuh. Bising pun sama, dengan suara orang dan juga bunyi-bunyi hanger tudung yang kelentung kelentang.

Bukan tudung aje yang ada jualan runtuh, patung Ariani pun turun runtuh sama sebab orang ramai yang merusuh masuk dalam kedai. Kesian patung nie, sampai jatuh dibuatnya.

2 comments: