Nuffnang Ad

Thursday 18 July 2013

Movie time

First time nak mencuba bawa Ryan untuk tengok wayang ni. Dulu pernah bawa Danish tengok wayang tapi cuma bertahan hanya 30 minit dalam tu pastu mengamuk nak keluar, so lepas tu tak berani dah bawak. Ryan pun ini bukan kali pertama, masa balik Malaysia a few times dulu pernah juga bawa pergi tengok Cars 2 kat The Gardens, ingatkan bolehlah diam sebabnya dia mmg minat Cars tapinya idak jugak, habis main tangga. Kita ni beria-ialah booking yang Gold Class punya cos tak nak ada gangguan to others yang tengok tapi tak senang juga dibuatnya.


Kebetulan pula cerita Monster University tengah hangat di wayang sekarang ni so nak try la jugak tengok wayang di Adelaide ni. Ada my Adelaide's gang yang biasa bawa anak kecik katanya wayang kat sini okay aje, they all tak kisahpun if ada yang buat bising  cos ianya untuk tayangan budak-budak so tu yang cuba tu.

Sempat juga beli popcorn dan juga showbag yang penuh dengan Monster University merchandise items dalam tu. Beli satu ajelah cos nanti share aje.

Sebelum wayang mula, dah makan popcorn sampai tinggal setengah bekas, haishhh...kang kena beli lain pulak jawabnya.

Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar. Ryan and Danish enjoy habis te ngok movie tu. Cumanya Mummynya aje yang terlelap kejap cos keletihan kena bangun pagi-pagi. Its was a good movie for a kids. Hope sempatlah we all all beli blu ray 3D sebelum balik Malaysia nanti.
 

6 comments:

  1. hamboi...monster's inc gittew.
    ada tabur popcorn x? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isabelle
      Itu aje cerita yang boleh buatkan depa tgk sampai habis. Popcorn aje sampai 3 pack sebab satu dah selamat sebelum masuk lagi

      Delete
  2. mengamuk nak keluar? haha. cerita cars tu sy tengok pun bosan la kak :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Miss Volvo..tiket bukannya murah, Gold Class kan tapi tgh rasanya tak sampai berapa minit pun.

      Delete
  3. wow dah senang nak mengomen hihi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhahahaha, sila komen banyak-banyak yer

      Delete