Nuffnang Ad

Tuesday, 22 January 2013

Kawan silih berganti

Mostly keluarga yang datang ke Adelaide mempunyai satu tujuan, menyambung pelajaran, tak kisahlah samada PHD ataupun Master. Tempoh tinggal disini pun tak lama, paling sekejap 2 tahun and paling lama 4 tahun. Biasanya yang belajar tak kira sama ada lelaki atau perempuan akan membawa keluarga meraka sekali. Ada yang anak-anak dah besar and ada tu yang masih baby lagi, tapi demi belajar, semua itu tidak mendatangkan sebarang masalah kepada mereka.

Macam Danish, kawan rapatnya di Adelaide adalah Aqil anak Kak Azie dan juga Abang Azul. Kenal since masa tahun pertama kami sampai lagi. Tambah rapat bila masing-masing mempunyai minat yang sama that is sukan. Pastu masing-masing pun ada minat yang lain dari segi toys, gadget, kartun kegemaran dan macam-macam lagilah.
 
Bila minggu-minggu terakhir Aqil berada di Adelaide ni, I hantarkan la Danish ke rumah Kak Azie untuk they all habiskan masa bersama-sama sebelum Aqil kembali ke Malaysia. Bila Aqil dah balik, Danish dah kuranglah geng yang agak sebaya dengannya cos yang tinggal sekarang yang lagi muda sikit dari Danish.

Ada masanya Aqil pun datang ke rumah kami untuk bermain XBox ataupun PS3. Sesekali seronok dengar ruang tamu dengan gelak suara ketawa anak-anak. Maklumlah, bila masing-masing dah balik Malaysia, tak tahulah bila dapat berkumpul mcm ni lagi. Maisng-masing dah sibuk dengan sekolah dan juga aktiviti yang penuh.
 
Sehari selepas Aqil and Yaya sampai di Malaysia, terus buat facetime untuk bertanya khabar. Senanglah sekarang ni kan, tak payah susah-susah nak beremail ataupun telefon, boleh aje buat video call menggunakan Ipad ataupun Ipod. How technologies really good nowdays, kan.

Mujurlah ada jiran terdekat, Ummi yang ada anak-anak kecil walaupun tak sebaya dengan Danish. Anak sulung Ummi, Farah dah masuk 7 tahun so agak sebaya dengan Danish tapi I takut juga if mereka malu nak berkawan  cos different gender tapi Ummi cakap okay aje, boleh bergelak ketawa and main bersama-sama.

2 comments:

  1. Hi Gina,

    I love reading your blog. A lot of useful information, especially on handbags and kitchen equipments. Love to see the cute face of your baby kerinting too :)

    Sally

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sally
      Nice meeting you here. Hehehehe, oh yer ker? I just share mana yang I tahu aje. Dulu tak tahu sangat tapi sejak jadi fulltime housewife ni rasa seronok pulak

      Delete