2 minggu lepas (maafkan saya diatas entry terperam ini) pulanglah Dr Kamarul dan juga isterinya Kak Nana ke Malaysia setelah menghabiskan pengajian di Adelaide ini. Dr Kamarul antara orang yang pertama memberikan berbagai info masa we all nak datang ke Adelaide pada tahun 2010. Banyak info yang diberikan and pertolongan buat kami sekeluarga dari mula kami sampai sehinggalah sekarang.
Kak Azie dan Abang Azul pun banyak berjasa dengan kami sekeluarga, mereka pun dah balik ke Malaysia Sabtu lepas. Nanti kita cerita yer.
Terima kasih buat Dr Kamarul diatas segala pertolongan dan juga tunjuk ajar kepada kami sekeluarga, buat Kak Nana, thanks sebab selalu sharing info-info hal-hal pinggan mangkuk, periuk belanga, electrical appliances, share resepi and macam-macam lagilah. Kak Nana di antara Masterchef yang hebat dikalangan suri rumahtangga di Adelaide ni. I paling suka sekali kuih bakar yang Kak Nana buat, sangat sedap. Mujurlah Dr Kamarul and Kak Nana ni tinggal di Kuantan, berdekatan dengan rumah Ayah, so nanti bila balik Kuantan bolehlah singgah jalan-jalan dirumah mereka sambil makan kuih bakar.
On that day masa Dr Kamarul nak balik tu, tak disangka-sangka flight delayed pulak. Delayednya bukan 30 minit tapi dekat 6 jam pulak tu. First time flight MAS from Adelaide to KL delayed selama ini, selalunya like 30 minit aje. Rupanya flight yang supposed fly on Jumaat mlm belum bertolak lagi, baru bertolak pagi Sabtu ke Adelaide. Tak pastilah apa puncanya. So, terpaksalah Kak Nana and Dr Kamarul berpatah balik lepas rumah Abang Syed yang berhampiran dengan airport.
Since hari masih lagi terang benderang, maka my family and family Kak Azie pun bersepakat nak lepak beach aje. We all pergi beach yang terdekat dengan airport, Henley Beach. Cuaca memang agak panas terik tapi tengok The Aussies selamba aje berjemur dibawah cahaya matahari tu. Kami yang tak tahan panas ni, just duduk bawah jambatan ajelah untuk berteduh from kepanasan matahari. The kids tak mandi pun, just doing some splish sploosh and main pasir aje.
Di waktu summer ni, memang ramai Aussies suka lepak di beach, ada yang berjemur, just strolling along or maybe bawa their dog untuk bermain-main air laut and even do the exercise like this. Betul-betul depan we all and tgk this dude pasang his own gear, then do the workout.
Lepas balik from beach, balik rumah kejap then petang tu dalam pukul 6 sambung pulak aktiviti di belakang rumah Surah, sessi main bola dan juga mini picnic.
Memang sukalah the boys and anak-anak Kak Azie, Aqil and Yaya bertunggu tangga di rumah Surah ni. Dapat main bola di backyard rumahnya yang sangat luas. Tapi ianya hanya sementara waktu sahaja dapat bermain ramai-ramai macam ni bila salah seorang pemain bolanya dah balik ke Malaysia.
Bila tengok gambar from one of my Adelaide's gang FB yang menghantar Kak Nana and Dr Kamarul balik at 7pm. Namun ada diantara mereka ini pun yang akan kembali ke tanahair Malaysia somewhere in June, hmm dah tak ramai dah my Adelaide's gang nanti.
Bagusnya Adelaide Airport ni, taklah besar sangat so kita boleh tunggu kawan-kawan yang nak balik tu sampailah mereka masuk ke kapal terbang. Sambil tu boleh lagilah berbabai-babai and bergambar walaupun ada cermin sebagai halangan. Namun, perpisahan itu memanglah perit tapi nak buat macamana, kan..semua yang datang ke Adelaide ini bukannya saja datang suka-suka tapi ada tanggungjawab yang lebih besar, datang Adelaide untuk mendapatkan segulung kertas PHD, dan setelah complete, kenalah pulang untuk bekerja di uni masing-masing.
No comments:
Post a Comment