Sudah seminggu Kak Azie sekeluarga balik ke Malaysia for good. Sabtu lepas, we all beramai-ramai menghantarnya balik ke airport as last farewell from us. Sebelum tu, kalut dengan the boys yang sibuk nak siapkan kad goodbye untuk Aqil and Yaya. Cuaca pun agak mendung pulak hari itu, mcm turut bersedih diatas kepulangan Kak Azie sekeluarga. We all sempat juga membelikan hadiah untuk Aqil yang minat soccer so we all belikan Adelaide United jersey and buatkan nama sekali untuk kenangan. A for Yaya since die mmg minat dengan baby and dollies ni so Baby Alive adalah sangat bersesuaian.
Rumah yang banyak menyimpan kenangan manis buat Kak Azie dan keluarga serta kawan-kawan yang sering berkunjung ke sini. We all pun sempat menumpang disini masa kami baru pertama kali menjejaki Adelaide selama seminggu sebelum dapat rumah lain.Alhamdulillah, rumah ni pun akan mendapat penyewa Melayu juga after dah beberapa keluarga Melayu yang tinggal disini.
Sempat lagi tu nak bermain di yard belakang sebelum berangkat ke airport.
Dalam pukul 11 pagi, masing-masing berkumpul di luar untuk sessi bergambar. Sebelum tu ramai-ramai berkumpul di dalam rumah untuk breakfast dengan hidangan ringan yang dibawa bersama-sama.
Anak-anak yang masih tinggal akan kehilangan kawan untuk bermain bola dan juga masak-masak bersama. Dahlah mostly di Adelaide ni yang tinggal girls aje so kesianlah pada the boys kurang dah kawan yang sebaya untuk bermain.
Pada Ibu-ibu yang tinggal juga, kehilangan seorang kawan yang berkongsi ilmu masak-masak dan juga teman untuk berkumpul waktu hujung minggu. Ramadhan nanti, tiada lagi kawan yang nak buka gerai online menjual kuih muih ketika berbuka, bak kata sesetengah Adelaide's gang disni, taukeh katering dah balik Malaysia.
Mostly kotak aje yang Kak Azie bawa balik, beg hanya satu aje. Itupun we all ke airport agak awal sebab nak timbang, takut-takut extra luggage so nak kena sort out pula. Alhamduliilah, semua kotak and barang-barang boleh dibawa balik bersama penumpangnya.
We all takut juga tak muat beg nak bagi hadiah tu. Hadiah untuk Aqil okay lagi boleh bawa masuk beg cumanya hadiah Yaya dengan kotak gedabak tu. Dah pikir pun dah mcmana nak buat sekiranya tak muat beg untuk bawa balik doll tu.
Antara keluarga-keluarga yang sudi menghantar Kak Azie sekeluarga pulang ke airport.
Tepat pukul 1.15pm, tibalah waktunya untuk masuk ke departure hall. Mujurlah flight on time kali ini, tak delayed mcm Kak Nana dulu.
For the first time, banjir Adelaide Airport ini dengan tumpahan airmataku. Selalu hantar my Adelaide's gang balik tapi just boleh gelak-gelak lagi tapi kali ni agak tertewas juga. Kak Azie antara yang rapat dengan ku, bukan hanya Kak Azie malahan the boys juga. Selama 3 tahun duduk Adelaide ni, banyak yang kami kongsikan bersama. Kak Azielah tempat share segala resepi, hal ehwal rumahtangga serta tempatku menempah kuih muih jika nak buat majlis. Bukannya tak rapat dengan my Adelaide's gang yang lain cumanya di sekitar kawasan East tempat I duduk ni, mostly yang belajar adalah perempaun so taklah boleh diganggu sepanjang masa as they all busy with their studies kan. Ni tak, pukul 9 lepas hantar anak-anak sekolah startlah FB chat antara Kak Azie and I, then dlm pukul 12 stop kejap sebab nak masak untuk lunch, then after anak balik sekolah if berkesempatan sambung lagi. Kadang-kadang malam pun sambung chat juga. Ni bila Kak Azie dah balik, tak adalah tempat nak kacau sesiapa dah :(
Kak Nani and Kak Has antara yang terlewat sampai so hanya berjumpa di sebalik cermin ajelah. Kak Has pun heran kenapalah masuk awal sangat, rupanya Kak Azie and Abang Azul tak mahu banyak lagi air mata yang tumpah masa kat luar sana
Kami semua menunggu till Kak Azie masuk ke dalam flight. After thet, lepak sekejap then masing-masing balik. Biasalah bila pi airport, masing-masing dok bersedih sebab bila mengenangkan bila pulaklah time mereka nak balik Malaysia, lama dah menahan rindu kepada keluarga disana. Insyallah, ada rezeki nanti bolehlah balik yer. Rajin-rajinlah tgk MAS punya offer, mungkin blh tengok tiket untuk balik raya nanti.
em sedihnye..mst bez kan dpt berkmpl ramai2 sekali sakala...
ReplyDeleteDayah Ismail
DeleteMemang sedih bila kawan-kawan yang rapat dengan kita nak balik dah, kurang dah teman nak bersembang and berkongsi apa benda pun