Jumaat lepas, we all yang tinggal berdekatan di area East bersepakat untuk membuat majlis makan-makan untuk meraikan kepulangan Kak Azie sekeluarga ke Malaysia. Mulanya we all nak buat on hari Sabtu sebelum berangkat balik tu tapi lepas dipikir-pikir rasanya tak nak kelam kabut so kita buat sehari sebelum, so masing-masing boleh prepare yang bst sikit kan. Untuk menu kita pakat bawa masing-masing. So main menu adalah nasi, so yang lain pakat lah bawa ayam goreng, kuih muih dan juga bermacam-macam hidangan lagi. Cuaca yang agak panas membuatkan tuan rumah, Surah menyediakan ABC untuk tetamunya. I sediakan masak lemak cili api nenas and ikan masin serta Laksa Johor.
Bila dah petang berseleralah semua makan sebab masing-masing simpan ruang sikit diperut sebab nak makan banyak di sini. Hihihi, teruk kan I ni. Tak adalah, normally makanan yang dibawa tetamu memang sedap-sedap semuanya. Budak-budak semua dipastikan makan dulu sebelum nak main bola, kang semua tak ada energy pulak.
Berselera masing-masing semua makan, tak toleh kiri kanan lah, maklumlah dah petang ni..ohh bukan petang rasanya ni dah pukul 7pm tapi cerahnya macam pukul 4ptg di Malaysia. Sekarang ni kan summer, so siang tu agak panjanglah sikit.
Bila dah rileks masing-masing tersandar kekenyangan, itu orang dewasalah tapi anak-anak bila dah jumpa geng mana boleh duduk diam. Lepas makan semua nak pi main bole. Mujurlah belakang rumah Surah ni memang luas kawasannya so dapatlah main bola dengan puas.
Dikesempatan ini juga, salah seorang anak my Adelaide's gang, Izzah and Yasser pun membuat small celebration untuk anak sulungnya Ammar yang kebetulan birthdaynya jatuh on that day. Tapi birthday malu pulak nak tiup lilin so menyorok belakang Mama and Papanya.
Alhamdulillah, semuanya dah kenyang. Makanan pun banyak yang tak habis so cuaca pun dah makin gelap so bersambung pulak di dalam rumah. Seronok nampak nampak Kak Azie bila we all buat majlis untuknya tapi katanya ada sedih juga sebab ini kali terakhirlah die berkumpul ramai-ramai macam ni, lepas ni bila balik Malaysia jarang kut dapat berkumpul mcm ni sebab masing-masing dah duduk jauh-jauh so nak jumpa ramai-ramai macam ini lagi entah bila.
No comments:
Post a Comment