Finally, Nine West Factory Outlet dah dibuka di Harbourtown. Adalah sikit attraction nak ke sini. Selalu kalau ke Harbourtown mcm tak berapa suka sebab tak ada kedai yang boleh mengubat luka pada COACH. Kalau tgk apa Nine West nie, I prefer kasut dari handbags, sebab kasut-kasutnya nampak class sikit and harga pun bolehlah beli.
Ohhhh, satu lagi Royal Douton pun dah dibuka juga..hopefully lepas nie kedai Corning and Corelle pun boleh bukak jugaklah. Masa we all ke Harbourtown nie, Nine West FO belum dibuka lagi, masih dalam proses ubahsuai.Nie dah bukak dah, so terjah la sekejap.
Cantiknya set Royal Albert nie. Nak beli ker tak? Tunggu dululah, lagipun beli nak bawa balik Malaysia terus, so ada lagi setahun setengah di Adelaide. Nanti kalau beli sekarang, mana nak simpan..rumah pun dah tak ada ruang dah.
Daddy Jack la bersemangat nak menampah koleksi pinggan mangkuk die selain Corelle, Noritake dan nie nak tambah Royal Doulton pulak. Haihh, rumah kita kat Malaysia pun dapur rasanya kecik aje, manalah nak letak benda-benda nie semua atapun persoalan pertamanya..bila masa la kita nak pakai set-set pinggan mangkuk tu nanti? Corelle ajepun dah berkotak-kotak, itu yang dah dibeli, yang masih dalam pemerhatian pun ada jugak...
dah tak cukup ruang erkk Gina..meh jual murah kat nor..hihi..
ReplyDeleteamboiii..shopping je ye Gina.. muat ke rumah ? kalau tak, meh mai shah alam ni.
ReplyDeleteassalam gina.....
ReplyDeletehehehhe....kalo berminat nak kirim pinggan mangkuk tu mcmne?.....
k umi suka jugak kedai royal doulton ni. tp nak angkut pun mmg tak ada tmpt nak letak. tunggu mcm Gina la nak balik br beli kot :)
ReplyDelete