Bila kami sampai dari Melborne ke Geelong, Daddy Jack terus ajak ke pusat-pusat sukan di sekitar Melbourne City. Hmmmm, I ikutkan ajelah since Daddy Jack dah tetapkan the itineneray untuk kami semua. Lagipun cuaca agak mendung, tak terlalu panas so bolehlah berjalan-jalan tanpa rasa panas melekit pun.
Our first stop is MCG...Melbourne Cricket Ground, tempat bila ada game cricket, rugby or even footy.
Ada banyak statue tentang orang-orang yang menajdi kebanggaan rakyat Australia di sekitar stadium, antaranya Sir Donald Bradman yang berasal dari Adelaide yang terkenal dengan permainan kriketnya.
Satu lagi yang membuatkan Daddy Jack beria-ia nak ke sini sebab ada Sport Museum, so nak juga tahu apa yang ada di dalam museum nie.
Ingatkan free, rupanya kena bayar juga. Mujurlah hanya me and Daddy Jack sahaja yang kena bayar, the boys tak payah bayar..so selamat la sikit. Malangnya tak boleh nak ambil gambar didalamnya sebab semunya telah dicopyrightkan oleh Australian Government.
Tak perasan ada MCG Stadium Tour..kalau tak, dapatlah tengok dalam stadium dan juga beberapa tempat menarik dalam nie. Hmm, lain kali lah jawabnya.
Tak salah kalau tak menyinggah di merchandise storenya. Dalam nie ada banyak menjual souvenir yang berkaitan dengan MCG sampaikan naik juling nak memilihnya.
Happy with Ryan yang all the time duduk diam aje dalam stroller. So, tak susah nak mengawalnya di tempat yang luas macam nie.
After MCG, kami berlari-lari pulak nak ke tempat sukan yang lain. Mujurlah ianya berdekatan tapi still kena jalan kaki.
Bagus juga bila all the sporting ground diletakkan berdekatan antara satu sama lain so tak susah nak mencarinya. Ada 3 lagi sporting ground yang harus kami lawati.
Antaranya AAMI Stadium, tempat main footy. Di Adelaide pun ada juga AAMI Stadium nie and dah pernah pergi melawatnya.
Ikutkan plan, we all nak ke Melbourne tahun depan sebab nak rasa pengalaman bersama-sama peminat tenis sewaktu Australian Open ataupun kemeriahan F1 di sini, Insyallah kalau ada rezeki mungkin dapat merasai kemeriahan itu juga nanti.
Kalau AAMI Stadium di Adelaie hanya home untuk 2 team footy sahaja tapi di Melbourne sampai ada 4 team sekali gus. Rupanya, permainan footy nie berasal dari Melbourne so kelebihan ada pada mereka.
Kelakar pulak tenggok gambar nie. Ada one of my Adelaide's gang pun pernah datang ke sini. Bila die upload gambar berjalan ke Melbourne, sama juga gambar husbandnya dengan Daddy Jack ambil gambar nie. Tempat yang sama cuma posing dan teknik ambil gambar yang berbeza.
I tak minat sukan, tapi I suka sangat dengan Foo Fighter. Pernah pergi konsertnya waktu muda-muda dulu.
Satu lagi tempat yang Daddy Jack nak pergi adalah Olympic Park tapi ditutup untuk pengubahsuaian. Hanya tengok dari luar sahaja.
The boys yang asyik menyakat antara satu sama lain, nampak happy berdua walaupun sorang hanya duduk dalam stroller.
No comments:
Post a Comment