Bila tiba hari Ibu nak balik semula ke KL, semuanya sedih. Semua rasa tak gembira malahan cuaca pun agak mendung aje. Danish tak ikut hantar Ibu balik ke airport nanti sebabnya sayang nak tinggalkan his swimming class.
Lepas Danish pergi sekolah, Ibu pun mengemaskan tanah yang sekangkang kera kat belakang rumah I tu. Memang ada tanam beberapa pasu daun bawang dan juga daun sup tapi tak berapa nak jadi. Daun kesum pun ada juga.
Ibu memang rajin bab-bab gardening nie, so Ibu pun betulkan sikit tanaman I kat belakang, alihkan masuk pasu, tambah tanah then tanam pokok yang lain macam cili pulak. Senang la sikit kalau dah ada hasilnya, tak payah susah payah beli.
Just me, Ryan and Daddy Jack sahaja yang hantar Ibu serta rombongan ke airport. Tawakal ajelah agak semua barang-barang aats trolley nie lepas tanpa perlu membuat sebarang extra payment.
Entah kenapa tak boleh pulak buat web check in, dah beberapa kali mencuba masih tak dapat juga so kenalah beratur untuk check in. Mujur masa sampai, orang pun tak ramai lagi so tak payah lah tunggu lama sangat. Bila daylight saving dah habis, waktu penerbangan pun dicepatkan.
Ibu baru teringat tak belikan apa-apa pun tuk the bisy sebagai hadiah nak balik so lepak kejap kat kedai di dalam airport nie cari apa-apa yang patut. Mujurlah ada juga kedai menjual mainan di dalam nie so belikan the boys mainan ajelah.
Tak minum pun kat sini, just lepak aje sementara tunggu nak masuk. Sebelum tu, isi borang keluar Australia dulu, nanti kang kelam kabut pulak dibuatnya.
Selamat Jalan buat semua, jangan serik nak datang sini lagi yer. Kalau nak merasa sejuk macam duduk dalam fridge, datanglah lagi dalam bulan June nanti.
Disebabkan dah selalu balik malaysia tahun nie, so I taklah rasa sedih sangat bila Ibu nak balik KL semula.
ala..nor plak sedih tengok muka Danish..adeh..Hannan tu adik Gina or sepupu Gina. sebab bahasa kan Abang Hannan kat Ryan.
ReplyDelete