Lepas makan and lepak sekejap di St Kilda, kami bergegas pula ke Fisherman Wharf di Port Adelaide, nak bawa Ibu jalan-jalan sambil tengok barang-barang macam Corelle, Corning sebab disini ada my Adelaide's gang kata elok but mahal sikit, tak sama mcm kita jumpa di garage sale.
Indoor market nie agak bersih sikit and tertutup, and satu lagi ianya tutup agak lewat, dalam pukul 5 petang.
Ada banyak juga barang yang dijual disini, tapi macam mahal berbanding dengan carboot dan juga di garage sales. Mostly barang yang ada disini lebih kepada collectibles items.
I takut sikit nak pusing-pusing dalam nie sebabkan keaktifan the boys yang berlari sana-sini. So, untuk menenangkan mereka, I pujuk makan Chocolate Milkshake, and Daddy Jack jaga mereka while I ikut Ibu tengok mana-mana yang okay untuk Ibu beli.
Ibu sempat juga membeli set tupperware walaupun agak mahal, tapi Ibu kata dia dah minat so tak boleh nak cakap apa lah.
Gerai nie antara yang menjual corning, tapi agak mahal. Macam bekas 2.5 liter dijual sampai AUD20 padahal kalau kat GS boleh aje dapat dalam AUD6 pun dah kira okay.
No comments:
Post a Comment