Okay..kita stop sekejap psl lawatan Ibu ke Adelaide. Kita buka cerita pasal Raya Haji pulak. Tahun nie merupakan tahun pertama kami sekeluarga merayakan Aidiladha di Adelaide. Tahun lepas, kami beraya di Sydney sebab salah tengok tarkh raya, ingatkan tarikh raya sama dengan Malaysia, rupanya Australia raya sehari awal dari Malaysia. Kebetulan pula, kami sedang bercuti ke Sydney, so beraya la kami dengan berjalan-jalan di Sydney aje. But, walaupun raya hanya sehari, tapi kenalah masak jugak kan untuk menjamu keluarga dan juga kawan-kawan. I masak simple aje, nasi impit, lemang and ketupat..semuanya dari plastik NONA sahaja dimakan dengan daging dendeng serta satay goreng.
Lepas solat raya, Kak Nana smsed ajak beraya di rumahnya. Terkejut jugak, pagi-pagi dah dapat jemputan. hebat sungguh la my Adelaide's gang nie. So, rumah Kak Nana adalah rumah pertama yang kami pergi beraya. Di rumah Kak Nana, tetamu dihidangkan dengan menu Nasi Arab yang sedap sangat.
Tuan rumah sediakan nasi arab, etatamu ada juga yang membawa nasi impit, rendang, kek, kuih muih so penuh meja dengan segala macam rendang dan juga hidangan lain. Sendat and sengkak perut dibuatnya.
I really like open plan kitchen, so ada ruang yang luas untuk tetamu duduk makan and lepak-lepak. Tapi rumah Malaysia kalau jenis rumah yang dah siap, mmg tak berkesempatan la nak ada open plan kitchen unless buat major renovation. Hopefully, Insyallah ada rezeki, merasalah I duduk rumah besar di Malaysia nanti.
Lama juga kami di rumah Kak Nana nie, mana tak lama, jumpa member aje, makan..then sembang. Patu sambung makan and sembang lagi. Hmm, lama-lama boleh gemuk balik nampak gayanya.
Datang-datang rumah Kak Nana, nampak pulak dengan satu wajah yang familiar dulu..la Ros Koi rupanya. Ros dah habis her Phd in August lepas, but datang balik for 2 weeks sebab nak settlekan her thesis and will come again somewhere around April 2012 for her convocation. Before this, kalau bersembang Ros akan beraku kau dengan I tapi bila dapat tahu yang I nie tua dari die, terus la minta maaf semua. Puncanya, bila Ros tahu yang Kak Nyah kenal Ros and sama belaja masa diploma di UTM dulu. Hehehehehe.
Thank you Kak Nana sebab undang kami ke umah Kak Nana. Bila la pulak turn kami nak undang Kak Nana and Dr Kamarul ke rumah kami pulak yer...
No comments:
Post a Comment