Nuffnang Ad

Thursday, 17 November 2011

Dah pening

Malam tu, semua barang-barang yang dah dibeli dilambakkan untuk dimasukkan ke dalam kotak. Bila dah dilambakkan semuanya di hall, barulah terasa banyaknya beli barang..hehehehe, itu biasa.

Antara barang-barang yang dibeli, kebanyakan barang electrical macam ice cream maker, pie maker dan juga donut maker. Itu Ibu nak bagi my siblings la. Kebetulan pula Ibu datang waktu spring so banyaklah benda-benda yang unik keluar.

Tugas bungkus membungkus dan juga packing nie memang satu perkara wajib bagi Daddy Jack. Ke mana pun kami pergi tak kiralah pi local atau oversea trip pun, dia yang akan packingkan untuk kami semua. I malas nak masuk campur, kalau tak nanti semua dia tak berkenan.

Ni lah antara kotak-kotak yang Ibu bawa balik. Ada beberapa barang yang dah diasingkan sekiranya tak lepas atau terlebih muatan. Biasalah lah, airport Adelaide pelik sikit, nak kena ikut peraturan sikit especially bab-bab muatan nie,terlebih aje, samada tinggalkan, buang atau bayar ajelah.

No comments:

Post a Comment