Nuffnang Ad

Tuesday, 1 November 2011

City tour

Lepas hantar Danish ke sekolah. Daddy Jack memulakan tugasnya sebagai pemandu pelacong membawa rombongan Ibu ke City. Nak bawa Ibu merasa naik tram so nak parking kat South Terrace dah penuh so terpaksa jugak parking di Goodwood area, and taklah sesak sangat.

Seronok Ibu merasa naik Tram untuk ke City. I yang duduk dah dekat setahun setengah nie pun baru 2-3 kali aje naik tram sebab macam susuah nak dapat parking free kat South Terrace tu so we all dtg naik kereta and parking kat Upark aje. Lagipun City die taklah sehebat KL, tak perlulah berjam-jam melepak di City.

Ibu masih lagi nak menyesuaikan diri dengan cuaca yang sejuk, ada masanya panas dan ada masanya sejuk.

Ibu ajak singgah di bookstore dulu, nak tengok buku menjahit. Ibu memang gemar aktiviti menjahit nie like jahit manit, cross stich and and also knitting. Kat Adelaide nie banyak aje kedai-kedai menjahit even depan rumah I nie pun ada satu kedai jahitan.

Walaupun Rundle Mall nie mcm pendek aje jalannya, tapi I tengok gambar nie dah penuh dah tangan masing-masing dengan bag plastic.

Amboi, masing-masing penuh tangan dengan beg especially Hannan. Berborong sakan la yer.

Akhirnya tercapai juga Azlan nak pakai Doc Mart after beberapa kali minta I tolong belikan. Bukannya taknak tolong belikan, tapi takut tak berkenan dengan apa yang I pilih so better datang and beli sendiri.

Azlan kata, lepas beli Doc Mart, baru ada semangat nak sambung belajar. Piirahhhh !!!!

Masing-masing dah dapat idaman hati, so just jalan-jalan cuci mata aje.

Ingatkan dah habis membeli belah, rupanya ada lagi yang tersangkut. Ibu dah terjatih hati pada koleksi sikat-sikat di Adelaide nie, so rembat satu dengan harga AUD15. Mak aiii, sikat rambut aje sampai RM50 !!!!!.

Muka masing-masig penuh ceria bila dah banyak membeli sana sini. Hai, nie baru hari kedua di Adelaide, nak menunggu menghabiskan 2 minggu tu tak tahulah macamana banyaknya membeli.

Naik tram lagi untuk balik ke tempat letak kereta. Kebetulan Daddy Jack kata, dah suntuk sangat masanya untuk ambil Danish balik sekolah, kalau tak sure boleh lunch di Swinging Bowl. Hah ???? Nak makan di Swinging Bowl tanpa me and the kids..jgnlah macam tu, I sedih nanti.

Okay, nanti ada masa kita pergi jalan semula ke City, tapi jalan aje tau. no more buying sebab rasanya macam berlebih muatan aje ni.

1 comment:

  1. bukan selalu diorang dapat gi sana, mahu tak sakan memborong :D

    ReplyDelete