Nuffnang Ad

Tuesday, 8 November 2011

Beraya di park

Lepas ke rumah Kak Nana, kami balik sekejap untuk solat Zuhur then bergegas pulak untuk ke Thordon Park, ada jemputan pulak disana. Ala, bukannya orang lain, Kak Azie dengan Najwa yang organized nak buat rumah terbuka di park sebab selesa anak-anak nak main serta luas sikit. Masa kami mula sampai, seleurub park penuh dengan orang, tak kita OZ ataupun orang Arab. Daddy Jack, just dropped us by dulu sebabnya nak ke City sebab nak pick up kenalan baru di sana.

Kami pun melilau jugak mencari tempat untuk melepak and kebetulan pulak, sedang elok kami nak membentang tikar, aada meja kosong so kami letakkan semua makanan atas meja, then duduk makan di bawah sahaja. Lagipun meja dah penuh dengan makanan yang dibawa. Antaranya, lontong, rendang, bihun sup, kuih serimuka, sambal udang, ice-cream serta minuman panas/sejuk.

Dayah pun turut beraya dengan kami. Ini kali kedua Dayah beraya di Adelaide, tahun depan dah tak adalah Dayah di Adelaide sebabnya tahun depan, Dayah dah habis belajar di sini.

Daddy Jack ke city untuk mengambil kenalan baru yang ditemuinya masa dalam perjalanan balik ke Adelaide. Dah lama kami menunggu call dari Syirah, tapi tak call pun untuo pagi raya tu, barulah dia call. So, Daddy Jack nak ajak mereka sekeluarga beraya bersama and sudi mengambil mereka di hotel.

Ni lah Syirah yang Daddy Jack jumpa sewaktu nak balik Adelaide. Syirah nie datang sini sebab menemankan suaminya, Suhaimi seorang engineer MAS. Flight MAS ke Adelaide ni dah baru, so husband Syirah monitor flight tu selama sebulan. Bila bersembang dengan Syirah pengalamannya berjalan ke merata dunia, seronok sangat. Cuti sekolah nie pun, mereka akan duduk di Kobe pulak selama sebulan..bestnya..puas berjalan.

No comments:

Post a Comment