Nuffnang Ad

Wednesday, 16 November 2011

Sunday Market

Nak bawa Ibu merasa pergi Sunday Market, since tak pergi lagi sebab Daddy Jack tak ada, ke Beijing masa tu. Kebetulan pula, Ahad terakhir Ibu di Adelaide, ada Brighton Sunday Market. Kami pun dash lama tak ke sini.

Masa baru sampai, terus Daddy Jack ke stall nie sebab nampak beg trunkie tu. Ryan kan dah ada satu, so bila tanya harganya murah, and pikirkan nak ambik dua-dua tapi kami terlambat sikit so sempat ambik satu sahaja. Tengoklah apa yang Daddy Jack sampai tertonggeng-tonggeng belek tu..nak tahu apa dia..jeng...jeng..jeng

Daddy Jack ternampak set Noritake !!!! Mulanya ingatkan satu keping pinggan AUD8 rupanya 2 kotak nie berharga AUD8 lebih kurang RM25, and it come with 36 pieces. Siapa tak nak..terus kami angkut la.

Sedap nampak oren-oren nie, rasanya mmg manis. Orang Aussie kalau jual limau, kentang atau bawang memang buka sebijik atau kita pilih, terus letak dlm guni besar dlm lebih kurang 5kg. Tu yang I tak berapa nak beli, nampak sedap tapi tak ada yang makan sangat.

Sekarang nie musim spring so banyaklah orang menjual bunga-bunga serta tanaman yang sesuai untuk di tanam di belakang rumah. I pun ada juga terniat nak menanam sikir pokok herbs mcm rosemary, parsley, dill dan mcm jenis herbs lagi sebab bila belek resepi nak kena pakai freash herbs msm tak berbaloi nak beli kat supermarket, baik tanam sendiri. Ni pun tengah semangat nak menanam cili sebab cili mahallah kat ini, sekilo sampai AUD25.

Bersemangat nak bercucuk tanam punya pasal, kebetulan pulak ada yang menjual pasu dengn harga yang murah, so angkut sampai 10 pasu sekali gus.

Bila nak balik, ada sikit masalah timbul, namun tak lama lepas itu, ianya dapat diatasi. Mujurlah ada padang so the boys duduk main golek-golek kat situ.

1 comment: