Nuffnang Ad

Friday, 4 November 2011

Picnic at Botanic Garden

Sehari lepas Daddy Jack berangkat ke Beijing, I bawa Ibu ke Botanic Garden. I pun pertama kali ke sini, since sekarang niekan musim Spring, so ramai yang kata bunga rose dah berkembang cantik. Ibu pulak memang gemarkan bunga-bunga nie, so pagi lagi dah pergi sambil tu bolehlah berkelah juga.

Kesian Hannan dan Azlan, kena bangun pagi..dahlah tu bawa ke taman bunga pulak tu

Serronok tengok Ibu suka sangat pergi sini. Banyak gambar yang diambil, dari kamera ataupun BB Ibu. Penuhlah gambar profile bergambar dengan bunga aje lepas nie.

Actually, Kak Azie yang ajak join sama pi Botanic Garden nie. Lagipun kesian Ibu, tak ada aktiviti hari Ahad so bawa pi taman bunga pun okay juga. At least, ada jugak lah keluar dari rumah tu.

Entrance is free, masa kami datang nie tak ramai orang pun. Mungkin terlalu awal, sebab orang Aussie nie kalau Ahad pagi memang lambat sikit berjalan aktiviti mereka, sebab mereka pergi church, even kedai pun buka pukul 11 pagi.

Ibu pun rambang mata duduk dalam taman bunga nie, tahu-tahu dah menghilang di celah-celah rimbunan pokok ros yang sedang blooming tu.

Susahnya nak ajak my kerinting nie bergambar. Sampai nak kena upah dengan lollies barulah boleh nak bergambar dengannya. Syok Ryan berlari ke sana sini dalam nie, tambah pula bila ada Aqil and Yaya, lagilah seronok.

Ibu dan juga cucunya, serta cucu barunya di Adelaide, Yaya.

After dah pusing-pusing sekitar taman bunga, perut pun dah berkeroncong minta diisi, so kami pun beralih ke tempat yang lebih selesa untuk berpicnic pulak. Bangunan putih tu, adalah macam rumah hijau yang menempatkan pokok-pokok khatulistiwa, antaranya pokok pisang. Tapi kami tak masuk pun, macam Kak Azie kata, banyak pokok macam di Malaysia aje.

Azlan, pembawa bakul berkelah. Daatang sini terpaksa berangkut ke taman bunga, kalau tak..tak hingin ler nak ke Lake Garden tu.

Menunggu Ibu yang masih berlegar-legar di sekitar taman bunga. Ada sekali tu, ternampak Ibu ambik gambar sendiri guna BB, rasa nak gelak aje.

Berehat sekejap, sebab nampak arca kaca kat belakang tu nampak cantik pulak

So, kami dah jumpa tempat yang nak berpicnic tapi dikelilingi oleh burung-burung pulak. Budak-budak nie takut dengan burung nie especially Yaya sebab pernah kena patuk dengan burung nie dulu.

I dan Kak Azie sepakat nak bawa nasi lemak. I sediakan nasi dan timun manakala Kak Azie sediakan sambal dan juga telur rebus. Selain dari itu, ada juga bawa beberapa makanan lain macam kek coklat dan juga biskut-biskut.

Bila nak berjumpa mcm nie, memang seronok bermain. Berlari-lari sambil bergelak ketawa. Cuaca pun tak sejuk sangat, just warm weather aje. Bila dah berlari sana-sini, berpeluh-peluh la semuanya.

Di Malaysia, mana nak dapat peluang nak berguling atas rumput macam nie, kan. Kalau kat park KLCC, sure badan jadi gatal-gatal bila berguling-guling macam nie.

Ibu dah lama tinggalkan hobi mengaitnya, bila dah datang Adelaide, minat tu telah kembali semula selepas pergi ke kedai-kedai craft disini. Orang Adelaide memang minat sangat dengan quilting, knitting and even scrapbooking nie. Ada kedai khas yang menjual peralatan craft nie. I belum berkesempatan nak melihatnya.

Lepas dah makan, we all keluar from taman bunga and melepak pula di taman di bahagian luar. Rupanya, ramai juga yang berpicnic disini. Nampak pokok berdaun kuning ni terasa macam autumm pulak. Sesekali bila angin bertiup, daun-daun pun gugur, nampak cantik sangat.

Danish pun seronok sangat, so die pun terlupa sekejap Daddy Jack tak ada. Masa Daddy Jack nak pergi airport, Danish siap menangis teresak-esak lagi sebab Daddynya nak pergi. Malam sebelum nak tidur pun,menangis juga sampaikan I pun sebak tapi I tak boleh nak menangis juga nanti dia lagi sedih.

Ryan tak berapa kisah sangat bila Daddy dia tak ada, maybe dia belum faham apa-apa lagi. Ataupun dia rasa Daddy dia pergi kerja aje.

Ibu cakap, bukan senang nak ada peluang bergambar macam nie.

Nampak happy aje, tapi dalam hati, sedih bila Daddy Jack tiada disisi

Tak cukup korum, Daddy Jack off to Beijing for his first ovearsea conference while in Adelaide.


Hannan dipertanggungjawabkan untuk menjadi pemandu kami ke sana ke mari semasa ketiadaan Daddy Jack. Yang paling penting untuk menghantar dan mengambil Danish bila ke sekolah.

1 comment: