Nuffnang Ad

Tuesday, 15 November 2011

Menuai hasil di ladang strawberry

Lepas kanggaru farm, bergegas pula nak ke ladang untuk menuai hasil. Tapi sebelum tu, kena isi perut dulu sebab ambil light breakfast aje so nanti takut perut masuk angin pulak. Mujur dah pernah datang ke sini, so dah tahu tempat picnic yang sesuai.

Hari tu pulak kebetulan berangin sikit so makan pun agak kurang selesa sebab sejuk sangat. Makan pun cepat-cepat sebab nak kejar maka untuk berjalan ke banyak tempat pulak.

Ramai yang berkenan dengan picnic basket I nie especially my saudara mara. Siap suruh cari kalau jumpa dimana-mana garage sale. Insyallah, kalau terjumpa lah yer. Dulu kalau ke garage sale mmg ada jumpa tapi bila pikir dah ada, so tak belilah lebih.

Memang praktikal picnic basket nie sebab dia datang sekali dengan pinggan, cawan dan juga sudu garfu. I think, kalau balik Malaysia nanti, nak cari yang baru so nampak elok sikit.

After dah kemas-kemas makan, kami ke ladang strawberry pulak. Mujurlah waktu Ibu datang memang waktu boleh picking, kalau tak, tak merasalah nak memetik strawberry yang sedap dan besar-besar tu.

Cuaca jangan cakaplah sejuknya macamana, mmg terasa sejuk bila angin kena kat muka.


Dah berapa kali petik strawberry, dah berbagai ladang yang kami pergi. Rupanya besar sungguh ladang di Beerenberg nie. Baru berbuah strawberry nie so nampak gemuk-gemuk semuanya.

Ibu semenjak datang Adelaide, jadi suka pulak makan strawberry cicah coklat. I pun dah terjebak sama, sedap tau. Patutlah Dato' Siti suka.

Besar and so juicy tau

Dah banyak kali ke sini, but my boys still suka picking and eating the strawberry

But, baru-baru nie, ada my Adelaide's gang yang datang ke sini bawa family die kena tegur sebab makan strawberry dalam nie. Katanya kena bayar dulu then baru makan. Ehh, selama nie we all tak pernah kena tegur pulak, ada peraturan baru ker? Mungkin sebab baru berbuah and masak ranum, so depa rasa rugilah gamaknya kalau org datang yang petiknya sikit but makan sampai kembung perut dalam tu.

Tengok buah strawberrynya pun ada yang baru nak berbuah and ada yang sedang masak, so kena pilih mana-mana yang betul-betul masak ajelah.

I pulak, tak lekang tgk komen-komen di FB, sibuk sungguh. Hehehehe sampaikan Daddy Jack cakap mengalahkan artis.

Seronok memetik strawberry semuanya sampai penuh bekas

Ibu kononnya nak mengambil aksi makan strawberry, sekali kena yang masam..berkerut muka menahannya.

Hasil tuaian tak sampai satu jam

Masing-masing gembira menghabiskan masa di ladang strawberry

Penuh lima bekas yang kami ambil cos Ibu nak bawa balik ke Malaysia nak bagi orang sana merasa strawberry yang dipetik sendiri di Australia.

Selain tu, ada juga dijual small jar of jam, kalau nak diberikan as a souvenir.

Selain dari jem, ada juga sos dan juga beberapa jeruk yang turut dijual. I bought a few bottles untuk simpanan kalau terasa nak makan so tak payah nak beli kat Coles atau Woolies lagi.

3 comments:

  1. bestnyaaaaa..

    nnt ada rezeki ke sana, leh bawakkan akak ke sana ke..

    ReplyDelete
  2. Salam, mmg cute picnic basket tu..suka :)

    ReplyDelete
  3. Kak Yan
    Insyallah, antara aktiviti wajib tu kalau mai Adelaide

    Babypose
    Rasanya pernah nampak dijual di Cold Storage rasanya

    ReplyDelete