Nuffnang Ad

Tuesday, 22 November 2011

Our first road trip-Melbourne

Seminggu lepas Ibu balik Malaysia, we all pun bersiap-siap untuk menbuat our first ever roadtrip di Australia nie. Daddy Jack dah cakap, November and December is our family roadtrip, tak kisahlah guna udara atau darat. Macam tahun lepas, kami ke Sydney, naik flight but since flight tambang murah Tiger Airways dah suspended so kami decided ke Melbourne dengan menaiki kereta.

Perjalanan yang memakan masa selama 9 jam, rasanya kami tak pernah lagi duduk selama tu dalam kereta. Pi Penang pun dalam 6 jam aje, balik Kuantan pun cuma 2 jam sahaja. Sebelum pergi, terpikir sanggup ker tak sanggup nie. Daddy Jack okay aje sebab dia kata tak ada masalah nak drive nie. Plan asalnya nak singgah ke Great Ocean Road untuk menikmati sunset disana.

Kami bertolak dari Adelaide dalam jam 10 pagi cos Daddy Jack ke City dulu untuk ambik kereta sewa. Nak jalan jauh berratus-ratus kilometer nie, mana boleh bawa kereta kami, kenalah cari kereta yang elok sikit and ada aircond..itu mustahak sebabnya sekarang nie cuaca memang agak panas terik sampai pedih kulit.

Sepanjang perjalanan, ternampak banyak signboard yang mengingatkan pemandu agar mematuhi speed limit. Jangan over the limit. Bayangkan ada satu jalan tu, speed limit kat highway 20 aje, tak ker rasa mcm siput....hehehehe sebab ada construction la.

Sebelum berangkat, I dah siapkan bekalan untk kami sekeluarga, antaranya sausage with bun, nuggets, ayam KFC dan juga nasi goreng. Ada juga disediakan munchy-munchy mcm biskut, coklat dan juga some other snack. We all tak singgah berhenti makan pun, semuanya makan dalam kereta sahaja. Mujurlah ada Ipad peneman setia. So, sebelum pergi, I dah siap-siap download macam-macam cerita dan games dalam tu supaya the boys tak bosan duduk lama-lama dalam kereta.


Sepanjang perjalan, memang nampak banyak tempat rehat, tapi tak lah sama macam RnR Plus Highway di Malaysia yang ada tempat makan, toilet semua. Antara RnR yang sempat kami jumpa lebih kurang macam nie aje. Ni okay juga ada bumbung, ada tu hanya pokok-pokok teduh aje.

Sepanjang perjalanan, nampak awan sangatlah cantik. Sampaikan Danish cakap, awan mcm dalam cerita Simpson. Memang yer sungguh. Langit pun biru aje.

Perjalanan yang panjang membuatkan anak-anak pun dah mula bosan dan bertanya bila nak sampai, bila nak sampai. Bila tengok GPS, masih beratus-ratus kilometer lagi. Punggung pun dah kematu duduk atas seat kereta.

Lapang aje tengok pemandangan di sepanjang jalan ke Melbourne. Pokok-pokok pun taklah banyak cuma banyak kawasan lapang aje.

Sepanjang perjalanan juga, jumpalah pekan-pekan kecik dan juga motel-motel. Mmenag sebijik la macam dalam cerita omputih especially cerita Psycho tu. Kalau berjalan malam, macam seram aje sebabnya sunyi giler. Kereta pun tak banyak yang lalu.

Bila kami dah masuk Victoria, cuaca macam agak mendung berbanding dengan di South Australia. Awan pun dah nampak agak berat aje.

Kesian Ryan kena duduk dalam carseat. Kalau kat Malaysia dah meligatlah ke depan ke belakang yer. Bagus juga amalkan duduk dalam carseat nie, so dispilin sikit budak-budak.

Ryan tak tido lama mana pun, rasanya dalam 30 minit aje, lepas tu terjaga. Agaknya die pun heran, kenapalah tak sampai-sampai lagi sebab dah lama sangat dalam kereta. Danish okay aje, tidur sepanjang perjalanan.

Sampai di satu pekan besar sikit, Ballarat hujan turun agak lebat sikit. Lagi panik bila nampak kilat sabung menyabung. Sepanjang berada di Adelaide, tak pernah lagi nampak kilat atau bunyi guruh. Satu pengalaman jugak nie.

Jauh lagi perjalanan kami, tambah bila hujan so kereta pun kenalah perlahan sebab jalan agak licin and pandangan mata pun agak terhad juga.

Awan dah semakin hitam, so kami pun ambik keputusan tak jadi ke Great Ocean Road. Takut juga nak berjalan dalam cuaca yang tak elok macam nie. Perjalanan terpaksa ditukarkan ke rrumah kawan yang baru kami kenali di Geelong.

Masa nie dalam pukul 6 lebih so banyak dah kedai-kedai ditutup, so agak sunyilah juga kawasan sekitar.

Persiapan krismas sudah giat dilakukan. Kat Adelaide pun sama, dah nampak a few houses yang dah start decorate rumah mereka dengan lampu yang berbagai bentuk dan warna.

Sempatlah lalu di hadapan University Of Ballarat. Kalau tak hujan, boleh aje singgah and ambik gambar sekejap dekat signage nie.

Seramnya, terasa macam dalam cerita The Fog aje. Mulut tak putus-putus baca doa agar perjalanan kami dipermudahkan tanpa sebarang masalah.

Lega dah bila sampai...nampak pulak signage nie, lagilah lega. Kelakar juga Australia nie, lain tempat lain nama supermarketnya walaupun sama aje. Di Geelong, kami bumped into this Safeway dimana di Adelaide dikenali sebagai Woolworths atau Woolies shaja.

2 comments:

  1. bestnye driving trip cam ni... our driving trip ke phuket hari tu pun mmg teruja apatah lagi kalau di australia... can't wait to read more details.
    have a safe trip

    ReplyDelete
  2. Salam Gina.. fuhh cayalah dapat travel ke melbourne dengan kereta. lama tu perjalanannya. tak sabar tunggu citer kat melbourne pulak :)

    ReplyDelete