Nuffnang Ad

Friday 13 January 2012

KK Stories-Filipino Market

Lepas balik dari Mari Mari Cultural Village, masing-masing tidur kejap sebab kepenatan serta kenyang perut. Dalam pukul 5 petang, aktiviti lain pulak menyusul, pergi bershopping di Filipino Market. Daddy Jack dah pernah pergi sini so dielah yang jadi tourist guide kami pulak.

Banyaknya jual pearl dalam nie tapi kalau nak beli kena hati-hati yer sebab ada jugak yang palsu, mcmana nak detect, I pun tak tahulah sebabnya masa nie I tak belipun cos dah ada berkotak pearls yang Daddy Jack beli masa die selalu ke sabah dulu, itupun belum puas pakainya, tak naklah menambah lagi.

Pelbagai jenis kraftangan ada dijual disini

Selain dari menjual kraftangan, ada jual menjual pelbagai barangan seafood yang kering. Ramainya orang. Setai gerai tu mmg ada aje orang yang membeli barangan kering nie.

Tak tahulah apa bendanya nie, nampak macam gamat pun ada jugak, tengok lama-lama rasa macam nak muntah pulak.

Kuih cincin, dulu masa Daddy Jack selalu pi Sabah nielah antara kuih yang selalu die bawa balik and selalunya bukan die yang beli tapi ada orang bagi. I tak pernh merasa pun kuih nie. Kali nie nak rasa jugaklah.

Ohh bergantungan segala macam jenis ikan masin disini.

Ohh semua ikan-ikan masin nampak sedap

Daddy Jack suka dengan ikan masin mcm nie, goreng garing then kunyah sekali dengan tulangnya. So nie, bawak balik Adelaide untuk hidangan di kala bosan makan ayam sahaja nnt.

Udang kering memang cantik-cantik dan besar. Harganya bukannya yang ditampal pada sticker tu, boleh dirunding lagi kalau kita beli banyak.

Ikan bilis pun nampak bersih aje, so bolehlah bawa balik Adelaide tanpa sebarang masalah dengan kastam sana.

Belacan yang merah bebeno. Ada juga my Adelaide's gang yang kirim belikan belacan di Malaysia tapi tak berani nak bagi cuba yang ini, takut letak colouring aje yang lebih, rasanya biasa sajer.

Pilih you, mana nak bawa balik untuk simpanan di Adelaide, kalau bioleh biarlah sampai bulan puasa ataupun sampailah kita nak balik for good nanti.

Sessi membersihkan ikan bilis yang dijalankan sebanyak 3 kali. Patutlah bersih aje, dah disaringkan banyak kali so habuk pun berkurangan.

Kuih apa tah namanya, lupa pulak..ada sesiapa yang tahu ?

Sotong kering yang tak perlu direndam kalau nak masak sambal tumis. Just masukkan macam kita masak sambal sotong biasa sahaja. Isi pun tklah liat sangat and just nice aje.

Udang kering yang dijemur untuk dibungkus

Ibu tawar menawar dengan peniaga sampaikan peniaga tu pun dah pening dibuatnya

Adoi aiii !!!! rambang mata nak pilih nie

Okay, dah siap pun kotak yang we all punya while Ibu and kotak-kotak lain masih dalam sessi pembungkusan.

Cari juga kut-kut ada ikan tenggiri potong, tapi tak adalah.

Sepanjang berada di Filipino Market nie, dah nampak banyak juga pesawat MAS melintasi di udara. Baik pergi ataupun balik, ramai juga yang datang bercuti ke Sabah nie yer, maklumlah cuti sekolah.

Tak tahu apa nama ikan kering nie, nampak macam sedap jugak especially kalau makan dengan pulut. Yummy !!!!

Udang kering yang besar dan montok-montok semuanya

Hasil tangkapan Ibu, itupun sentiasa telefon berdering sebab ada yang order dari KL

Ikan kering isi ikan Yu

Sementara menunggu Ibu dan juga hasil tangkapannya dibungkus dalam kotak, we all menunggu sambil makan kuih cincin tu. Masa tunggu Ibu tu, nampaklah ada section menjual makanan mcm Ikan Bakar, dan pelbagai jenis makanan yang lain. Bau masakan mmg sedap tapi tak berani lah nak mencubanya..takut sakit perut pulak.

Disebabkan Ibu macam agak lama aje lagi so I pun jalanlah pusing-pusing di dalam kedai menjual cenderamata tu balik, pusing-pusing tengok kut-kut la ada yang berkenan untuk diberikan buah tangan for my Adelaide's gang tapi semuanya macam tak berkenan pulak.

Rasanya, ini yang boleh diberikan sebagai kenangan, fridge magnet. Harga pun agak tak munasabah, walhal boleh aje dapat murah like 3 for RM10 kan tapi tetap taknak kurangkan harga. Since malas nak jalan jauh lagi so, we all pun angkut jugaklah FM disini.

Sementara menunggu driver kami sampai, ternampaklah tukang jahit yang duduk di luar kedai nie sambil menunggu pelanggan mereka. Oh, boleh ambik tempahan tau, nak buat seluar ataupun alterration. Macam-macam cara nak cari sesuap nasi, kan. Rezeki yang Allah SWT berada dimana-mana, kita kena pandai berusaha dan puncanya perlulah Halal untuk keredhaan.

2 comments:

  1. Gina, yang bulat tuh amplang. dulu i memang sgt sukaaaa... tapi skang dah terlalu banyak makan dah kurang lah sket. tapi kadang2 kalau teringin tuh kirim gak.. hehehe

    ReplyDelete
  2. terliur btol tengok ikan kering dia tu. nak cari laa petang ni,ala2 ikan kering gitu :p sebab ada pulut hr tu.

    ReplyDelete