Nuffnang Ad

Wednesday 11 January 2012

KK Stories-Mari Mari Cultural Village

Since lawatan kami ke KK adalah sangat suntuk so tak banyak tempat-tempat yang dapat dilawati sepenuhnya. Daddy Jack dah biasa ke Sabah so die tahulah mana tempat best yang nak pergi cuma satu tempat ni sahaja yang die belum merasa pergi, Mari Mari Cultural Village, tempat baru katanya. So, kami pun book tour nie from KL, since takut penuh over the weekend, kan. Tour for Mari Mari nie kena gunakan satu agensi sahaja, and they will pick us kat hotel, no individual dibenarkan and tak boleh walk in, kena tempah dulu.

Muatlah kami semua dalam satu van. Ayah tak pergi sebabnya Ayah ada meeting sampai petang, so kenalah pergi sendiri aje.

Kami bertolak seawal pagi, dalam pukul 900 pagi, our pick up dah tunggu di lobby. Sepanjang perjalanan tu, nampaklah a few shops yang okay, Mothercare pun ada di Sabah nie rupanya.

Hahahhaha, kelakar kan billboard Masterchef nie, tapi sayangnya salah seorang finalis from Sabah, Wahidah dah kecundang di tangan Ezani. Tapi tak apa, apa-apa pun Wahidan dah dikenali di seluruh Malaysia.

Antara masjid yang cantik di sabah, Masjid Terapung. Kami sempat singgah untuk bergambar di luar sahaja.

My kerinting, of course la macam jakun sikit dapat naik van nie kan, so ke depan ke belakang macam tak ada apa hal aje.

Tak lama mana pun perjalanan kami ke Mari Mari Cultural Village nie. Maybe sebab kami ambil trip pagi. Untuk ke sini ada 3 trips disediakan, pukul 10, pukul 3 dan juga pukul 7 petang. Harga masuk pulak untuk warganegara Malaysia dewasa hanya RM130 dan kanak-kanak 5-11 tahun dikenakan RM100, termasuklah makan yer. Memang lah mahal sikir berbanding dengan Kampung Budaya di Sarawak tapi nie ada pakej makan sekali.

Nak masuk ke dalam perkampungan nie, ada disediakan jambatan gantung. Dah lama tak naik jambatan gantung nie, gayat jugaklah sekejap.

Ada pulak air terjun yang sungguh cantik, nyaman aje. Mari Mari Cultural Village nie masih mengekalkan keaslian hutannya tanpa sebarang pembangunan dilakukan. Si nyamuk mmg banyak, sebelum datang kena sapu mosquito repellent dulu yer.


Setiap pengunjung yang datang dibahagikan kepada kumpulan yang kecil then ada tourist guide yang membawa kuta masuk ke dalam. Tourist guide nie akan berpakaian ikut kaum yang ada di di negeri Sabah antaranya yang ini. Mujurlah group kami tak dapat yang macam nie.

Nie tourist guide kami, orang Melayu Islam, budak Uitm Sabah yang sedang bercuti semester so buat part time kat sini. Orang Kadazan Dusun, salah satu kaum minoriti di Sabah.

Rumah pertama yang kami kunjungi adalah rumah orang Dusun. Masih mengekalkan konsep yang sama macam rumah orang Dusun juga.

Tempat penyimpanan beras

Salah satu yang perkara yang I pelajari disini adalah orang-orang di Sabah nie begitu menjaga anak-anak gadis mereka. Setiap rumah yang I melawat nie, bilik-bilik anak dara mereka berada diatas. Tangga tu semuanya boleh dialihkan, so bila malam after anak-anak gadis tidur, ayah mereka akan sorokkan tangga tu, pagi esoknya baru pasang balik.

Di dalam nie ada ditunjukkan proses membuat tapai, then dijadikan minuman untuk para lelaki. Lebih kurang macam arak ataupun tuak rasanya.

Me and gadis Dusun yang manis

Proses memasak ayam di dalam buluh. Di Sarawak pun ada juga, tak ingat pulak namanya. Kena tanya MummySyafie la nanti.

First time Ryan tengok semua nie, dulu masa ke Sarawak, Ryan masih dalam perut Mummy lagi, Danish ajelah yang dah rasa tengok benda-benda amacam nie.

Setiap rumah di Mari Mari nie agak tinggi so tangga pun macam-macam jenis ada. Kena turun berhati-hati tangguh tergelungsur pulak.

Then, kami di bawa ke tempat menghasilkan madu lebah secara tradisional.

Semuanya real, bukan hanya sekadar untuk tontonan pelancong sahaja. Nampak lebah-lebah tu meninggalkan madu mereka serta sarang di dalam buluh-buluh tu.

Semuanya terpegun dan kagum dengan benda-benda yang baru macam nie. Danish live to learn new things. Hope this trip will make him gained more knowledge about our cultural.

2 comments:

  1. wow bestnya.. tp part sorok tangga tu musykil sikit, cemana pulak kalu tgh2 mlm nak ke tandas? hehehehe

    ReplyDelete
  2. Salam, nak masuk sini memang kena pakai tour guide ke? Kalau nak masuk jenjalan sendiri dan taknak ambil pakej boleh tak?

    ReplyDelete