Nuffnang Ad

Thursday 24 January 2013

Birthday and more birthdays


Minggu lepas, we all celebrate birthday anak Ummi bersama-sama secara kecil-kecilan. Kebetulan pula Danish ada disana, lepas kelas Summer school duduk rumah Ummi and main-main so dalam pukul 6pm we all picked him and celebrate sekali birthday Afiq yang jatuh on 14 January 2013.

 We all sempat la belikan Afiq toys Fire Engine as birthday present.

Afiq and Ryan akan sama-sama masuk kindy hujung bulan ni nanti. Harapnya Ryan akan sukalah ke sekolah cos dah ada geng. Selama ni sorang aje kat kindy, so nak kawan pun tak berapa nak pandai sgt so ada kawan so enjoy la sikit.
 Lepas potong cake and makan-makan so masing-masing tak sabar nak main dengan the big red fire engine.

Then, Sabtu lepas we all mendapat undangan ke majlis birthday collaboration anak-anak Ummi dan Is pula. We all sampai agak lambat sikit cos I have to attend a class..hah? class apa tu, later kita cerita yer. Sampai-sampai tengok makanan memang dah penuh satu meja. Ada macam-macam jenis makanan/kuih muih ada. Ada pasta, kuih lompat tikam, pizza, puding pelangi, kuih keria and mcm-mcm jenis kuih muih lagi. Hmm, there goes my diet. Sampaikan Daddy Jack pernah ckp, kalau mcm ni gaya makan, 10 kotak Herbalife pun belum tentu kurus...huhuhuhuuh

Mujurlah tuan rumah menyediakan bihun/kuayteow sup aje as main dish kalau sediakan nasi minyak atau beriyani, mmg sah-sah la I balik ke rumah kena jalan kaki sebab nak buangkan kalori yang dah berlori-lori tu. Kalau kat majlis makan-makan my Adelaide's gang ni, selera sentiasa membara sebabnya makanan semuanya sedap, lepas tu tetamu jemputan tak dtg serentak, ada yang datang awal and ada yang dtg lewat sikit so makanan mmg tak pernah putus. Tahu-tahu tengok ada aje makanan baru atas meja and kita pun nak merasa hasil masakan kawan sendiri kan.

Selain birthday celebration, Is pun buat housewarming untuk rumah barunya juga. Dah alang-alang buat majlis, so buat sekali gus. Tak kuasa kut nak buat majlis sebulan sekali.

Dah pukul 7 mlm and still cerah mcm ni, hmm tapi tak lama lagi habislah siang yang panjang ini bila winter menjelma. Aduhhh !!!! tak sanggup nak menempuh winter lagi sekali.

Tak kira yang belajar atau surirumahtangga tapi bila berjumpa sesama kita, rasanya sangat meriah dengan sesi gelak ketawa, usik mengusik, sessi luahan perasaan serta hebahan tentang sale merata-rata.

Normally geng bapak-bapak akan lepak diluar, nak ambil fresh air and kaum ibu berada di dalam rumah. patutlah kaum Ibu lebih kenyang bila balik rumah masing-masing sebabnya duduk dlm rumah sambil borak sambil mengunyah and makan aje kerjanya.

Is pun berbesar hati menerima tetamu luarnya, her uni mate. Harapnya her uni mate ni taklah terkejut dengan suasana bila orang-orang Malaysia ni berkumpul dengan kecoh, makanan penuh meja sampai tak tahu nak pilih yang mana.

Ni la antara my Adelaide's gang yang masih tinggal. Still ramai lagi, tapi bulan-bulan berikutnya ramai yang dah start packing untuk pulang kembali menjalankan tugas mereka di Malaysia setelah bercuti panjang selama 3 tahun.

Ni gambar dicopy from Is. Tak sempat nak ambik gambar birthday boys potong cake sebabnya dok leka bersembang didapur sambil apalagi makan and makan la.

Happy 2nd Birthday to Adib and 4th Birthday to Afiq. Semoga menjadi anak-anak yang soleh, membahagiakan kedua orang tua serta saling hormat menghormati. 

Ehh, kenapa sikit aje the kanak-kanak dalam gambar ni? Rupanya masa majlis tiup lilin and potong cake, tak sempat nak mengumpulkan semua anak-anak yang tengah bermain di backyard padahal ada yang bertanya dah potong cake ker, tapi ibu-ibu yang tengah makan doklah cakap, belum lagi and sambul terus sambung makan rupanya dah. Tak apalah, janji semua dapat makan kek yang sedap tu.

Tuan punya majlis menyediakan Ice Kacang untuk para tetamu and of course la dikala panas-panas di waktu summer ni, ini yang orang terkam dulu. I tak sempat nak merasa sebab apalagi makanan atas meja dah berlambak, so  ice kacang pun dilupakan. Bila Is letak gambar ni, menyesal tak makan. Hish !!!!

4 comments:

  1. kalau dah berjumpa ramai kawan...boleh bersembang sampai tak ingat nak balik kan....makan still ingthehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kniedaz
      Memang yer sungguh, amkan bersebang then makan lagi sampaikan tak tahu banyak mana yang dah dimakan. Seronok bila setiap minggu macam nie, bolehlah hilangkan stress sikit

      Delete
  2. Ahahaha.xpe.ais kacang tu Gina pun boleh buat. kami ni pinjamje mesin tu drp k.surah.
    tapi mmg kesian la masa potong kek tu ramai yg ketinggalan. Is dgr gak Adam panggil kat pintu "Kidss....." tapi lepas tu dgn dia sekali hilang entah ke mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhuh, nak buat ice kacang setakat untuk 2 org makan tak syok la Is, makan ramai-ramai lagi syok. Hahahah, mujur lah tak ada rusuhan sebab tak sempat nak tgk birthday boys tiup lilin

      Delete