Nuffnang Ad

Friday, 30 September 2011

Spring is here, tapi bukan kat pokok, kat kasut

Jarang nak beli kasut di Adelaide nie, tapi entah mcmana satu hari tu, Daddy Jack kena pi city, ada kerja sikit, so on the way balik, die singgah la Rundle Mall cuci mata sekejap sebelum balik. Sampai rumah, he told me, ada jumpa kasut cantik untuk perempuan. So I pun cakap dengan die, belilah untuk I.

So, die bawa I and the boys ke kedai yang dimaksudkan, Barlow Shoes di City. Oh, rupanya kasut yang die kata cantik tu Doc Mart. I memang pakai Doc Mart since sekolah lagi. Doc Mart nie memang terkenal dengan boot and from UK.


Banyak pilihan yang unik and cantik-cantik semuanya, sampaikan tak tahu nak pilih yang mana satu.

Tapi, hatiku sudah tertawan dengan design ini. The Roses, cantik sangat. Thanks Daddy Jack.

Cendol buatan sendiri

Summer akan menjelang tiba, so sedap juga kalau merasa nak makan cendol kan. Godek-godek resepi kat internet tengok senang aje nak membuat cendol nie sebenarnya. Taklah susah mana, mujur ada bawa acuan muruku, so tekan aje dalam air sejuk, jadilah cendol.

Dapatlah satu bekas ni, cukup ler, we all pun tak ramai mana. Entah bilalah nak membuat cendolnya nie pun tak tahulah. Cuaca pun tak menentu, sekejap panas, sekejap sejuk. Sejuk pulak bukan jenis suam-suam, sejuk sangat tapi taklah seteruk winter.

Thursday, 29 September 2011

Hari yang dinantikan

Anak-anak dilepas bebas bermain dibackyard sementara mak ayah memastikan semuanya di dalam keadaan sedia like makanan, tempat duduk untuk tetamu dan juga beberapa keperluan yang lain. Alhamdulillah, semuanya on time, tak ada kelam kabut dan juga kacau bilau. Semuanya in order dan seperti yang dirancangkan.

Sebelum majlis bermula, bacaan doa agar majlis ini dipermudahkan diketua oleh Haji Arif.

Tuan rumah, Surah pun seronok bila kawan-kawan datang membantu. Maklumlah ini pertama kali nak buat majlis besar-besaran. Kami pun membantu mana yang termampu aje, kali nie kita bantu Surah, lain kali Surah yang bantu kita. Duduk di negara orang nie, sepakat itu penting sebab mak ayah and saudara mara jauh, so bila memerlukan pertolongan, kawan-kawanlah tempat mengadu.

Tetamu dah mula datang seawal jam 2 petang. Cuaca yang mulanya agak mendung and hujan renyai sikit mula dah okay. Alhamdulillah, risau juga kalau hujan tiba-tiba sebabnya bukan macam Malaysia, bila buat open house ada khemah semua, kalau semua nak sumbat dalam rumah, mmg padat la.

Tetamu dihidangkan dengan nasi kabsah, lontong, roti jala, laksa Penang serta puding. Ada juga tetamu yang membawa kek, jus, dan juga beberapa makanan lain.

Some of my Adelaide's gang yang terawal sampai, Yun and Ani.

Nasi kabsah, masakan tersohor Najwa. Memang sedap, cukup segala rasa, tiada sebarang kecacatan. Syabas Najwa, boleh masak untuk seramai nie tetamu yang datang ke rumah Surah nie. Kalau I, sure dah panik tapi Najwa cool aje.

Mummy to be, again somehere in May 2012. Insyallah, nak bersalin di Adelaide lagi sebab best katanya.

Tetamu lelaki diberi penghormatan untuk duduk di kerusi di garage. Mana kaum perempuan duduk ??????

Kaum perempuan punya tempat lepak lagi syok, tengah-tengah backyard, so bentang plastic and then duduk ramai-ramai. Yer la, kaum ibu kan sibuk nak layan anak-anak yang nak main, so tempat lepak nie memang sesuai la. Lagipun boleh berkumpul and sembang ramai-ramai kalau mcm nie.

Ada juga dibuat majlis sambutan harijadi untuk anak bongsu Surah, Zaim yang nak masuk 2 tahun Oktober nanti tapi since Suran and family akan kembali ke Malaysia tak lama lagi, so buatlah awal sikit, so dapat sambut dengan kawan-kawan disini.

Ryan memang suka makan kek, tak kisahlah kek apa pun. Tak apa Ryan, birthday Ryan pun tak lama lagi so nanti kita buat majlis potong kek juga yer.

Ramai kanak-kanak so memang meriah acara memotong kek Zaim nie.

With Yasmin yang baru sebulan setengah di Adelaide. Kesian Min, sekarang nie ada problem dengan neighbournya yang sakit mental. Hari-hari Min menangis bila kena maki dengan neighbournya sampaikan mengambil keputusan nak pindah rumah.

Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis. Masa majlis raya anjuran MYPSA lepas, I tak ada, so tak dapatlah nak jumpa ramai-ramai macam nie. Mujur la Surah buat majlis besar-besaran, so dapatlah jumpa ramai member yang belum sempat beraya lagi.

The Chinese lady is cikgu kepada anak Surah and Kak Azie di kindie. Orang Malaysia, so bila dah jumpa orang Malaysia, seronok la die berborak sama.


Kak Ati is the doctor yang I jumpa masa kes Danish dulu. Kak Ati pun balik Malaysia masa raya lepas and baru beberapa hari sampai Adelaide.


Bayi comel, Mai 'esyah.



Malam dah nak balik, sessi bungkus makanan untuk dibawa balik. Memang ada makanan yang lebih so kita bungkus then bagi sesiapa yang masih ada di rumah Surah. Bila dah balik, barulah badan terasa penat, tapi tak dapat tidur gara-gara penangan Nescafe tuan rumah yang memang power.

Project menjala

Atas permintaan tuan rumah, I diberi penghargaan untuk membuat roti jala sebanyak 5kg. I okay aje, mmg dah biasa buat roti jala di Malaysia kalau buat open house. Even my sister siap ambil order kepada sesiapa yang nak menempah. Nanti I tepekkan iklan roti jala nie yer. Tak terasa perit sangat nak membuatnya sebab ada 2 kuali, satu kuali leper yang dibawa dari Malaysia and satu lagi pakai fry pan beli kat sini aje.

Dan untuk melipatnya, I pakai lazy susan aje. Itupun idea dari Kak Nyah, sebab senang sikit.

Ada dua kuali, kerja pun menjadi cepat dan mudah. Sementara I menjala, Daddy Jack tolong la melipatnya, tapi sekejap aje sebab the boys sibuk nak ajak die main game, and I minta die siapkan the boys untuk ke majlis rumah Surah pulak.

I start menjala pukul 4 pagi. Subuh di Adelaide dah cepat, so after sembahyang, bancuh the adunan, then mulakan proses menjala. At first nak buat dalam keadaan duduk, tapi sejuk so takut kaki cepat kebas pulak so berdiri la. Lagipun boleh bergerak sana-sini dah macam exercise la pulak, kan.

Alhamdulillah, semuanya settle pukul 11 pagi, dapatlah 4 bekas besar roti jala. Tapi I terlupa nak ambik kira like 5 kilo nie dapat berapa keping, manalah tahu ada yang merminat pulak nak order, kan..heheheheh, jgn nak harap ler. Sini, nak makan buat sendiri..resepi kat internet banyak aje.

Macam-macam makanan yang telah disediakan, antaranya Puding Kak Azie, Lontong Kak Shidah, and my roti jala. Buah-buah dan minuman disediakan oleh Surah. Main menu dah siap, cuma buat tambah-tambah aje. Menu utama adalah nasi Kabsah. My favourite tu.

Ni la orang kuat di belakang menu utama, Najwa. pakar masak nasi Arab. Dah pernah merasa sekali nasi Kabsah yang dbuatnya, mmg sedap sampaikan rasa makan kat Hadramawt and Al-Rawsha mmg tak sehebat buatan Najwa.

Tak sempat nak belajar cara buat nasi kabsah from Najwa sebab masa I datang pun, dah siap semuanya cuma nak settlekan sikit-sikit aje. Tapi I dah tahu satu rahsia masak nasi kabsah nie. Oh ada teknik die rupanya. Patutlah..I punya nasi kabsah tak menjadi macam yang Najwa buat nie, ada teknik die rupanya. Nanti I tunjukkan yer.

Wednesday, 28 September 2011

Merasa juga

Kalau tengok status FB kawan-kawan dan juga students dok sibuk cakap makan nasi Arab kat D'Arab Cafe Shah Alam sedap. Shah Alam dah hebat sekarang yer, nasi Arab pun dah ada. Rupanya D'Arab Cafe nie belakang Unisel aje. Taklah jauh sampai nak kena naik kereta, just jalan kaki aje. Hmm, masa balik raya lepas, merasalah juga makan disini. Hmm, kenapalah tak ada masa masih kerja di Unisel dulu yer.

I tried makan Chicken Mandhi. Memang sedap. Patutlah tempat nie pilihan ramai, masa we all sampai tu, hampir nak lunch hour but still dah penuh tempat duduknya. One thing I really love Middle East cuisine is that walaupun tak berkuah tapi sedap sangat. Ada separuh orang tak suka makan nasi kering, kena ada kuah but nasi Arab mmg sedap, sentiasa moist walaupun tak ada kuah.

Rewang in Adelaide style

Jumaat petang, kami bergegas ke rumah Surah after Danish balik sekolah. Dalam pukul 4, dengan membawa rendang daging yang masak pagi tu sebab dah janji dengan Kak Azie yang membawa pulut kuning. Pergi rumah Surah sbab nak merewang untuk kendurinya. Sampai rumah Surah, as usual, kamilah yang paling lewat sebab semuanya dah ada di rumah tu, and masing-masing dah ambil tugas.

Mujur backyard Surah nie luas, so anak-anak dilepas bebas bermain di luar sebab mak ayah sibuk dengan kerja-kerja persiapan untuk majlis esoknya. Anak-anak pun seronok ler dapat main, berlari sana sini dan juga bergelak ketawa sesama mereka.

Kaum Ayah diberi tugas untuk memotong dan membersihkan ayam. 40kg ayam tu, bukan sikit-sikit kerjanya. Ayam tu dah ditempah dulu, then pagi Jumaat tu baru pi ambil kat butcher's shop. Itupun they all tak boleh bagi semua chicken wings sebabnya tak cukup, so kena tambah dengan mixed portion jugak.

Daddy Jack pun for the first time nak kena merasa potong ayam. Pandai tak pandai tu belakang kira, yang penting kena jugak menolong. Tengah sibuk nak potong ayam, tetiba pulak Ryan menangis nak minta dukung dengan Daddy. Ehh, mcmana Daddy nak tunjuk kemachoan nak potong ayam nie ?

Bila dah nampak kawan-kawan lain main kat backyard, barulah Ryan nak lepas from dukungan. Daddy jack pun bolehlah menyambung kerjanya memotong ayam. Nak tergelak pun ada juga tengok cara pegang pisau and ayam. Tak apa, sesekali boleh ler tolong I kat dapur pulak lepas nie yer.

Sementera itu, kaum ibu pula berhempas pulas di dapur menyediakan segala persiapan untuk masakan. Antaranya, memproses bawang kisar yang bising satu rumah dengan bunyi food processor serta mata pun dah pedih sebabnya air bawang yang dah penuh satu rumah. Sambil buat kerja, tuan rumah pun menyediakan banyak makanan untuk dimakan antaranya mee goreng, nasi impit, ayam masak merah dan macam-macam lagi. Specialty kalau ke rumah Surah nie, air Nescafe. Surah sangat hebat membuat air Nescafe, semua orang sukakannya.

Bersungguh-sungguh kaum Ibu menyediakan semuanya, untuk memastikan esok tukang masak tak kelam kabut di dalam menyediakan hidangan utama. Bukan sikit-sikit memasaknya, beras aje dah berkilo-kilo and ayam aje dah 40kg, tapi tukang masak cool aje. Tak panik sebab dah biasa masak menu nasi arab nie.

Hahahahha, tu dia..tuan rumah nak tunjukkan Corning nie boleh dipanaskan terus atas dapur. Entah kali ke berapa tak tahulah Surah menyediakan Nescafe terbaik die ni. I siap bawa thermos untuk tapau lagi.