Nuffnang Ad

Friday 16 September 2011

Tak payah cari jauh-jauh la

Sebelum raya, Ibu dok mengadu tak ada bekas elok nak letak makanan untuk dihidang pada tetamu yang datang rumah nak beraya, so Ayah ajak pi Parkson at East Coast Mall. Jalan-jalan mencari mana-mana yang berkenan. Nampak ini, terus racun Ibu ambik Corning terus since I dah belikan Ibu 5 kotak Corelle. Banyak pilihan kat sini, ada macam-macam jenis bunga dan juga saiz.

Ayah pulak, kalau alang-alang membeli bukannya boleh beli satu set aje, mana yang rasa berkenan, kasi angkut ler. Tu yang Ibu sampai terduduk dibuatnya, hajat di hati nak beli 1 set aje, udahnya kena duduk sebabnya lama berdiri, maklumlah puasa, kan masa nie. Ayah pulak sok jalan-jalan sekitar, tunjuk kat SA then terus ambik. Udahnya Ibu dapat berkotak-kotak Corning dalam satu hari. Jealous tau !

Ramai juga my Adelaide's gang pengumpul Corelle especially Shadow Iris nie. Kat sini, macam-macam jenis barang Shadow Iris ada. Tak payah ler susah mencarinya.

Masa raya nie, Parkson buat sale Vision, Corning dan juga Pyrex. Memang giler-giler punya sale, maca 3 sekawan Shadow Iris nie hanya RM399 sahaja.

Ibu pengumpul Spices nie, sempat sambat satu set untuk hadiah Ibu di hari raya juga. Murah tu. Tu la, ada my Adelaide's Gang pun mengumpul ini juga. Hujung minggu pi cari kat garage sale ataupun carboot sale, ada rezeki dapat, tak ada nganga ajelah.

2 comments: