Nuffnang Ad

Saturday 10 September 2011

Posing pagi raya

Bukannya senang nak berkumpul ramai-ramai macam nie nak bergambar raya, tahun lepas lagilah..ada beberapa aje yang ada so tahun nie tak mahu melepaskan peluang untuk bergambar raya bersama. Seronok tengok bila masing-masing bergambar dengan anak-anak yang semakin membesar serta masing-masing membuat perangai.

Menantu pun dah bertambah tahun nie, cucu tahun depan akan bertambah seorang lagi, tak tahu lelaki atau perempuan. Kalau lelaki lagi, bertambah la bola kat rumah tu.

Tema baju raya tahun nie coklat. Plan asalnya nak guna pakai aje baju masa Didi kawin, purple and orange, tapi Ayah dan Ibu dah sediakan warna ni untuk kami sekeluarga, so terima ajelah. Terima kasih to Ayah and Ibu, yang meneydiakan baju raya untuk kami sekeluarga, siapkan tempahkan sekali. Insyallah, nanti bila we all dah settle semuanya, we all pulak yang menyiapkan segalanya untuk Ayah and Ibu.

Tahun Abby beraya dengan orang baru di dalam familynya, Baby Dhiya juga merupakan cucu perempuan sulung dalam keluarga kami.

2 yang masih bujang lagi. Masih menerima duit raya juga

Menantu dan anak lelaki bongsu tahun nie senyum ajelah bila bergambar yer, sebab anak perempuan tahun nie gembira sakan raya tahun nie, sbb apa?

Sebabnya ini..tahun nie semua anak perempaun dapat rantai emas. Tahun lepas dapat gelang mas tu yang Hannan buat muka ketat aje. Jealouslah tu.

Masa Raya, Danish pun dah sihat, even hari ke2 pun after bersunat dah tak ada masalah. I will blog about Danish's circumsion nanti la yer. Bab Raya pun tak habis lagi.

My cheeck boys berhari raya bersama pakcik kesayangan


Selamat Hari Raya, again from us

1 comment:

  1. Comel2 semuanya. Kalau berkumpul hari raya ni time nak gambar lah yang paling seronok. Macam - macam kerenah..

    ReplyDelete