Nuffnang Ad

Friday 18 November 2011

Sempat lagi berdating

Sebelum ke City, sempat jugalah ajak Daddy Jack pergi dating..kami keluar berdua sahaja. Sepanjang di Adelaide nie, mana pernah keluar dating berdua aje, selalu angkut anak-anak sekali. So, tinggalkan Ryan dengan Ibu kejap, so we all larilah berdating. Ala, bukannya jauh mana pun, dekat Firle Plaza belakang rumah nie aje.

Kebetulan pula, nak beli barang dapur, so sebelum membeli groceries, singgah jap minum kopi di cafe tepi tu. I just eat this Apple Pie, and Daddy Jack makan egg sandwich aje. Sedap jugak.

Ada jugaklah beli coffee di Adelaide ni walaupun tak ada Starbucks. Cuma ada Gloria Jeans, CIBO and Aroma Coffee. Pernah cuba Long Black tapi pahitnya..tak sama macam Starbucks punya so now, dah jatuh cinta dengan Latte pulak especially Hazelnut. Sangat sedap...

2 comments: