Nuffnang Ad

Wednesday 30 November 2011

Melbourne Road Trip-Eureka Skydeck

Lepas makan, kami berpusing-pusing sekitar city aje, but tak turun pun just pusing duduk dalam kereta aje. Sebabnya unttuk membuang masa nak pegi satu tempat yang agak best juga.

Sementara menanti waktu yang sesuai untuk ke tempat tu, kami berlegar-legar di sekitar kawasan tu. Ramainya orang sebab dah habis waktu kerja, lagipun hari Jumaat, so banyak pub and cafe di tepi tu buat macam Happy Hour. Singgah 7E untuk beli some lollies untuk the boys.

Sekejap-kejap dapatlah bergambar di tepi sungai nie, Tak berapa menarik sangat but okaylah buat kenangan.

Ni la tempat yang kami nak pergi sangat-sangat tu. Nak meninjau pemandangan city of Melbourne dari tingkat 88 from Eureka Tower nie.

Hajat hatinya nak merasalah tengok sunset di atas nie, orang pun belum ramai yang datang, so we all tak payah la menunggu lama untuk membeli tiket. Plannya nak naik ke atas tu lambat sikit la sebab takut lama sangat berada di atas, tapi bila the boys eager sangat nak naik, terpaksalah naik dulu.

Tak terasa la lifnya bergerak ke tingkat 88, tahu-tahu dah sampai aje

Ohhhh, seram tau bila dah berada di atas ni. I memang ada sikit gayat, tambah pulak bila the boys berdiri dekat aje dengan cermin tu, lagilah seriau I dibuatnya.

Daddy Jack pun berani-berani takut jugak

Danish juga yang berani dalam apa sahaja, tinggi, bergambar even sanggup tolong ambilkan gambar kami juga. Really my special helper la.



Bila dah mcm agak pening-pening sikit, I just duduk lay down for a while. Mujurlah ada disediakan kerusi so taklah ada yang muntah atau terpengsan bila pening atau pitam tengok ke bawah.


Selain, indoor ada juga disediakan untuk melihat pemandangan dari luar. Macam, kita boleh tengok di luar tanpa melalui pintu kaca, hanya jaring besi sahaja. Masa kami di luar ni angin agak kuat so rasa macam terbuai-buai ajelah.

Hanya yang berani sahaja boleh duduk lama disini

credit to Mr Google

Untuk memberanikan diri lagi, kami masuk pulak dalam The Edge pulak dimana kami boleh melihat Melbourne City, bukan sahaya kiri kanan, malahan dibawah juga. Tak tergambar macamana perasaan kami sekeluarga bila berada di dalam The Edge nie.

Nilah keadaan The Edge tu dari tepi. Seram tak seramlah nak masuk dalam tu. I just pegang railing aje, gerak pun rasa takut-takut sebab macam berperasaan kita akan terjatuh ke bawah juga. Cukuplah nak rasa pengalaman nie sekali, kalau ada rezeki ke Melbourne lagi, takkan masuk dah ke sini.

Kami tak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam ini. Mereka akan ambilkan bagi pihak kami and kena bayarlah, mana ada free, kan. Ni lah hasil muka-muka yang ketakutan.

Sementara nak menunggu sunset, macam-macam bend yang kami buat untuk melengahkan the boys agar tak bosan. Antaranya bagi makan Ice-Cream, ternampak pulak Ben & Jerry's mmg sedap. Dulu pernah ada kat Giant di KL tapi sekarang nie dah tak ada so sedih sangat. Masa mengandungkan Danish dulu, craving ice cream ni sahaja.

Tak sempat nak menunggu sunset la jawabnya, kena balik sebab the boys pun dah letih, tambahan pulak tak bawa nappy le bih untuk Ryan so dah berat. Lagipun nak rehat sikit cos nak berjalan-jalan lagi keesokan harinya.

4 comments:

  1. wowww!!scary. tapi akak rasa, akak ok gak tu..hee

    ReplyDelete
  2. nice!! must make a point to go some day!

    ReplyDelete
  3. Gina..ben n jerry ada kat tesco... tatau lah semua tesco ke tak.. tesco mutiara ada i nampak arituh...

    ReplyDelete
  4. Chill! MENAKUTKAN! Agegegegegege! Bile la nak p try nih :)

    ReplyDelete